Rebas di Pantai Port Diskson.

Wednesday, 23 November 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rumah aku tinggalkan begitu sahaja, abi Erwandi memulakan perjalanan sebaik sahaja aku bersiap, berkemas, campak sana-campak sini apa yang patut dan tidak. Aku sudah capek melihat keadaan rumah, juga mahu lekas-lekas menempatkan diri di dalam kereta, aku mahu tidur. Yang pasti penat aku masih belum berganti minggu ini, sobs!

Perjalanan sunyi sahaja, hanya kedengaran lagu daripada stesen radio Era rentak muzik terkini. Awal-awal tadi, ada juga sesi soal jawab antara sya2kids dan abi Erwandi, berkesudahan dengan mesing-masing lena. Aku yang selaku co-pilot juga tidak dapat menahan kelopak mata daripada merapat, terlelap, berharap agar pilot disebelah memahami keadaan aku yang memang tidak berada dalam keadaan baik sejak seminggu yang lalu ditambah tidur yang benar-benar kurang. Badan dan fikiran aku sangat penat!

Kami tiba di destinasi, jam telah melewati 12.00 tengah hari, oh perut aku benar-benar lapar, berkeroncong tapi demi sya2kids yang tidak sabar-sabar untuk terjun kolam, kutahan sahaja la Jebat! Auni yang busy berlari di sekolah pagi tadi bukan main teruja untuk terjun kolam, makanya aku coba bertahan, aku hadiahkan senyuman dan bersalaman untuk biras aku dan isteri kepada sepupu tnErwandi yang namanya hampir sama dengan aku, melabuh duduk sambil memerhati sya2kids yang sudah bergembira ria dalam kolam kanak-kanak. Banyak betul tenaga dorang ni, cer bahagikan pada emak sedikit. 

Cuacanya agak kurang baik, angin pantai bertiup kencang sesekali membawa titis gerimis halus namun tidak menghalang anak-anak dan bapa kepada anak-anak juga pakcik makcik untuk terus berendam di kolam. Untuk mengurangkan kesejukkan, daripada kolam mereka beralih pula kepada air laut. Ayuh! kita ke pantai. Macam biasa, sya2kids mendahului, inilah harapan mereka, inilah yang mereka impi-impikan, aku pun ambil kesempatan yang sama. Ombak kuat membawa sekali pasir-pasir ke gigi pantai, warna air di tepi pantai jauh benar bezanya dengan tengah lautan, apa ada hal, janji dapat bermain dengan laut. 

Puas bermain air, perut aku kian ke dalam... lapar tahap maksima dah namanya ni, selesai membilas badan, mandi dengan air bersih di bilik penginapan dan bersiap, kami keluar untuk minum petang. Minum petang bagi yang sudah pun makan tengah hari, inilah yang aku nantikan makan berat untuk hari ini, sebelum ada acara bakar membakar malam nanti. Kami hanya berjalan daripada bilik penginapan ke kedai di tepi pantai. Lekas-lekas order, lekas-lekas makan dan lekas-lekas balik bilik untuk berehat. Bila sudah kenyang, mata pun hendak tertutuplah. Anak-anak masih juga aktif, main-main-main dan main. Bila entah bateri dorang hendak lemah ni. 

Malamnya, sebaik sahaja Maghrib berlalu kami turun ke bahagian bakar membakar pula, ber BBQ la kami dalam keadaan gerimis reda gerimis balik semula reda, angin pantai bukan lagi sepoi-sepoi bahasa bahkan kencang terus namun tidak mematahkan semangatnya para-para lelaki ini untuk berbual sambil bergurau sambil membakar ayam dan jagung. Simple, tapi meriah... itu yang aku dapat simpulkan. Aku? memang hanya duduk tepi sambil main handphone, mata tetap mengawasi sya2kids yang sangatlah tidak reti duduk diamnya. Selesai sahaja aku merasa ayam seketui aku membawa sya2kids naik ke bilik penginapan. Mereka sudah mengeluarkan seribu satu macam skill menandakan waktu untuk tidur kian menghampiri. Aku bentang sahaja tilam di bawa daripada rumah, mereka terus lelap tanpa apa-apa bunyi pun. Sekian cerita untuk sehari.

Hari kedua, awal pagi sya2kids yang membangkitkan aku mengajak mandi kolam, oh my sya2kids! sudah siap dengan pakaian mandinya, malas-malas aku bangun juga bersiap simple turun ke pantai. mandi laut lagi. Layankan-layan, aku sudah tidak sanggup untuk bermain ombak jadi hanya menjadi penunggu barang-barang peribadi mereka, malas hendak berbasah-basah sebab apabila mereka naik sekejap lagi, perkhidmatan aku diperlukan. So, baik aku get ready. Habis bergambar dengan perut masih lagi sebu-sebu tidak makan, beralih ke kolam pula. Tidak seperti semalam, kolam hari ini telah penuh dengan orang yang datang meraikan hari keluarga. Peduli apa, cebur! Ini yang terakhir so kasi  kecut semua jari jemari. Aku? duduk tepi makan jajan, kelaparan.
Selesai bersiap, kami berkemas semua sekali untuk checkout terus. Mencari gerai untuk makan tengahari, berjalan sambil cuci mata dan bershopping. Hari masih awal kami ke Extreme Go Kart, Teluk Kemang. Dapatlah sya2kids merasa naik go kart dengan abi Erwandi dan acik Nina (sepupu abi Erwandi). Hahaaa comel dan teruja je memasing, aku jadi camera woman, di tengah panas, pakai baju hitam, huh! terbakau rasa. Selesai sahaja mereka bermain, kami bersalaman untuk berangkat pulang ke destinasi masing-masing. Singkat sahaja percutian kami ini, tapi seronok. Sebab hanya melibatkan sepupu-sepupu sahaja, walaupun tidak ramai namun kami puas hati. Terima kasih kepada abi Erwandi yang sudi membawa kami sekali ke percutian kali ini. Sekian terima kasih. 



 Sista and brother...


 Upah that sista membuat kutipan sebelasAstret plus enamAstret (sekolah agama).


 D'cousin aka #sepupuhavoc.


  Brotherhood and abi Erwandi, GoKart!


 Brotherhood.


 My happiness.


 Ada sama tak? hahahahaaa... sudah gemuk kenala ada skill kuruskan badan, muahaha!

Notahijau: Uish! panjangnya entry, 2 minggu baru habis taip entry ni, hahaha. Perenggan terakhir yang bagaikan tidak sabar-sabar untuk menamatkan taipan, muahaha... Jeosonghamnida!

Burn Calories.

Thursday, 10 November 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong! Selamat kembali ke sekolah, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sesi persekolahan akan berakhir. Aktiviti biasa sebelum akhir tahun, acara sukan sekolah, majlis konvokesyen, majlis perpisahan, majlis sana-majlis sini, dan yang pasti emak-emak sudah siap list panjang untuk perancangan awal persekolahan tahun depan. Itu belum list, acara bercuti, acara berkumpul sanak saudara, acara kenduri dan kendara, twehehe. Aku? Aku biasa-biasa je, buat seperti tiada apa-apa walhal dalam kepala sudah berselirat dengan segala peta agenda.

24jam/5hari sudah berlalu, Sabtu kembali. Like always, mom's wake up 1st today is Auni's School Sportday. Aku? siap berdandan kejut Auni, mendengarkan hanya aku sahaja yang akan temankan dia di padang, mood yang semalam sudah ke laut kembali semula. Kasi can aku bersosial di padang sekolah nanti without abi Erwandi dan juga brotherhood. Selesai bersiap, minta abi Erwandi hantarkan ke padang sekolah, agak malas untuk memandu kereta, sah-sah akan kena block dengan kereta lain bila sampai awal nanti.

Jam 8pagi kami tiba di padang sekolah, aku gegas sahaja melabuh duduk di kantin sekolah, mencari mangsa-mangsa untuk di ajak berborak. Ahah! Emak Syafika, kebiasaannya kami berjumpa masa ambil anak balik sekolah agama, ye sampai da akhir tahun aku tidak tahu namanya, aku hanya panggil dia kakak dan dia memanggil aku Syasya as always. Itu pun dia dapat nama aku daripada emak kawan Auni yang lain, adeih!

Auni sudah pun beratur mengikut guru kelasnya, hilang daripada pandangan aku. Aku mendaftar bersama emak Syafika dan dua tiga orang emak kawan Auni yang lain, yang aku kenali semasa Auni belajar di tabika. Bila anak-anak sama membesar, syukurnya aku masih menjalin persahabatan dengan mereka lagi. Sebaik sahaja aku selesai mendaftar, kawan-kawan yang berborak dengan aku tadi semuanya sudah menghilang, eh? mereka yang hilang diganti dengan kawan yang lain pula, hahaha. Aku? layan sahajalah. daripada berkepit dengan abi Erwandi, baiklah aku buat hal sendiri-sendiri begini. Acara padang dimulakan dengan acara perarakan perbarisan rumah sukan dan juga badan beruniform. Siaplah sekali dengan gimrama, gimnastik, aksi pentomen bagai. Macam-macam costum, warna-warni.

Aku mencari seorang lagi emak kepada kawan Auni, aku memanggilnya kak Enie untuk aku serahkan dua buah guestbook daripada hobbiesart. Lega rasanya dapat menyiapkan guestbook itu setiba pada waktunya, aku hendak holiday petang ini makanya tidak mahu stress memikir kerjaan yang belum selesai. Alhamdulillah, berjumpa juga dengan kek Enie nun di tepi longkang hujung padang. Dia belanja aku rm10 lagi sedangkan bayaran penuh untuk dua guestbook sudah diselesaikan. Rezeki Auni hari ini, terima kasih kak Enie.  Aku masih mencari mangsa untuk berborak, kembali semula kepada kak Nor, dia mengajak aku membeli sarpan untuk anak-anak. Jom kita... aku belikan Auni roti handmade 2 bungkus dan cupcake 3 ketui berserta air Milo kegemaran. Dengan bekalan, kami berdua ke khemah anak-anak, alahaiii comel-comel.

Disebabkan Auni dalam kelas pertama, aku terus sahaja ke khemah paling hujung, terpandangkan guru kelasnya ada bersama, maka di situlah aku bertemu dengannya. Minah yang sudah hilang satu gigi kapaknya, masih belum tumbuh lagi kelihatan ceria air mukanya apabila nampak muka aku, lepas tu mulala dia buat perangai, pantang emak ada depan mata, ambil kesempatan hendak bermanja. Dia makan roti yang aku bagi sebelum mengambil roti yang gurunya bekalkan. Jadilah buat alas perut sebelum mula berlari nanti.

 Auni, kadang geng kadang tak geng dengan emak.

 
 Me with the kids.

 Muka da manyak gumbira!.

 Happy face.

Dapat tempat kedua. Okla tu, upah penat.

 Bye guestbook by #hobbiesart @sya2ablatib_ha for kakEnie.

Habis sahaja acara dan penyampaian hadiah, aku dan Auni bergegas untuk balik. Kami akan bertolak ke Port Dickson balik sukan ini. Ikutkan hati aku, aku masih lagi mahu bermalas-malasan di padang ini, ketawa-ketawa, berlari, berjalan sambil mengeluarkan peluh. Kebelakangan ini aku terlampau tekanan sehingga kesihatan aku sedikit terganggu. Aku menelefon abi Erwandi untuk mengambil kami di sekolah, balik ini perlu terus bersiap. Yang pasti aku jugala yang bertungkus lumus menyediakan segala, pun tidak cukup juga, haih! Tahniah kepada pasukan Bendahara yang berada di kedudukan kedua, semoga terus success. Sekian dahulu entry untuk petang Rabu ini, hiii. Jumpa lagi. Daaa....
You don't get what you wish for, you get what you work for

Zero kesedaran.

Wednesday, 26 October 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong chumuseyo (selamat malam), jalja (tidur lena) aku ucapkan pada sya2kids pabila melihatkan mereka mula mencari port tidur. Mata aku masih melekat pada peti tv dengan variety show, Runningman yang memang aku akan tonton sampai lewat malam. Lagipun esok Sabtu, even kena jaga Aidil aku still need time for me time. Ini je la waktu yang ada, sunyi tanpa hingar bingar dan jerit pekik sya2kids.

Perut berkeroncong kosong, kreeeeeeeeuk! bunyinya minta diisi. Aku memikir apakah yang masih ada di dapur sewaktu jam 12.30am begini. Ahah! megi. Terbayang megi kari bersama telur mata. Slurp! sedapnya. Dalam kepala sudah terbayang, tapi badan masih lagi melekat di sofa. Siang tadi, sudah berlengas di dapur menjadikan aku sangat malas untuk ke dapur, argh! tiada bibik pula untuk aku minta megi barang semangkuk. So, fikir cara terpantas untuk masak megi.

1) Rendam dalam air panas.
2) Press dengan presscooker, Noxxa.

Ok, jom kita try guna cara kedua. Biasanya, reheat lauk pauk aku akan bubuh dalam bekas Tupperware lebih dahulu dan tekan butang reheat. Biarkan beberapa ketika, lauk akan panas hidang sahaja dengan Tupperware nya sekali.

Then, pabila si megi bagaikan tidak sabar-sabar sehingga melambai-lambai manja, aku gegas mengoyak plastiknya, menuang dalam Tupperware bersaiz segiempat sama, sekali dengan perencah, bersama dengan air dan pecah telur sebiji. Angkat Tupperware dan masuk dalam encik Noxxa, tutup, memastikan butang wap keluar di kedudukan yang sepatutnya dan langkah terakhir pilih high press 0.2minit. Berjalan dengan keyakinan dan kembali ke sofa menyambung menonton Runningman.

2 minit berlalu dan isyarat daripada Noxxa menyuruh aku bangkit untuk songket butang wap, ke dapur dengan rasa teruja dan aku songket butang wap dengan menggunakan jari sahaja. Tiada sebarang wap keluar, musykil sekejap tapi tidak menghalang untuk aku terus buka penutupnya. Alangkan ajaibnya megi di dalam air tidak kembang sepenuhnya. Ok, ini siapa tipu siapa ni? dengan rasa tidak bersalah, aku menutup kembali dan high press 0.2 minit lagi.Tidak sabar mahu makan. menunggu megi sampai Runningman sampai ke penghujungnya.

Noxxa beri isyarat kedua dan aku berjalan ke dapur semula, sempat meneguk lebihan air milo sya2kids yang masih bersisa di atas meja. Haus! Sama seperti tadi, wap tidak keluar tetapi bau hangit menusuk-nusuk ke lubang hidung. Ah sudah! daripada dalam periuk anti-lekat kedengaran bunyi cisss-cisss-cisss, dengan rasa keterujaan melampau tutup Noxxa aku buka, dalam periuk anti-lekat aku jengah. Omooo! ottokhe-ottokhe? (macam mana ni?), ottokaji? (apa aku hendak buat?) fizikal Tupperware sudah pun berubah bentuk, yang pasti ianya sudah pun bocor, lekas-lekas aku pindahkan megi telah kembang ke dalam mangkuk kaca, tidak kisahla kimia ke tidak aku hendak makan juga. Sayang nak buang megi sebungkus dengan sebiji telur, membazir amalan syaitonnn!.

Aku tinggalkan periuk anti-karat atas singki selepas Tupperwarenya aku campak dalam tong sampah. Malas hendak claim-claim baru, beli baru je senang. (berlagak tak ni) alahaiii, tak payah beli pun tidak ngape. Tak urgent! Dan aku makan megi dengan aman. Sekian cerita sengal, zero kesedaran tuan empunya bloghijau. Jangan tiru aksi ini, beringat ye.



You're never a loser until you quit trying.

Syukurnya, Noxxa masih boleh digunakan. Kottak.... matiler hendak beli piuk anti-karat tu, mahaiii weih! Jumpa lagi di entry akan datang. Daaa... =)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in