Esok 2011, oh!

Friday, 31 December 2010

Salam cuti satu Malaysia. Wiii...

Salam Ulangtahun Kelahiran 26
kepada
mrABi, Norerwandi bin Sumardi

Ucapan? Sama je ngan tahun-tahun lepas. Jangan lupa projek mega kita ok ;)

Tahun ni nak tukar lagu tema la, kiranya lagu tema ke-lapan sempena your birthday.

Kaulah bidadari/a dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga/kumbang yang selalu harungi hariku
Anugerah tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menerangi sunyi di hatimu
Owh, sudah lapan tahun aku menyambut ulangtahunmu wahai mrAlien. Hehehe.

Hijaucantik Giveaway habis jam 0.01am, jangan buat-buat lupa pula ya, aku nak update nama tu cepat-cepat. Aku nak setelkan semuanya serba cepat.


Wish untuk tahun 2011.
Aku nak meningkatkan skill memasak aku, aku nak pastikan aku berani membuat manisan, aku nak meningkatkan segala skill aku dengan dapur. Hahaha, sila tunjuk ajar ok ;)

Make sure projek mega berjalan lancar, mohon sama-sama mendoakan ye.

Tu je, banyak-banyak karang tak tergalas dek badan yang tak up-up ni.

~)@ Haiii kalau 31.12 je mesti nak buat macam-macam. Macam robot. Kan aku kata aku tak suka tahun baru, umur aku bertambah lagi satu.

Jantungku sudah tertinggal.

Salam Jumaat, hrmmm lastday Hijaucantik Giveaway, 10 kad istimewa aku dah siapkan, tinggal lagi 10 sahaja lagi =)

Pernah pergi funfair? aku memang teringin sangat nak pergi. Masa kekecik dulu selalu la papa bawak pergi, tapi sejak dah tua ni, tua ke? aku langsung tak pernah pergi.

Dek desakan Hakim dan Haikal memujuk pakcik polisnya (mrABi), termakan juga mrABi dengan ajakan mereka. Aku pun tumpang sekaki. Kebetulan ada kan, so agenda pun diteruskan.

1stly, round satu funfair. huhuuu meriah juga la kan, mrABi bagi duit tukar token, mainla apa nak main. Yeay, makSu Myra ajak aku naik buai yang perpusing. Huaaa.

Berat hati aku nak naik, gayat ah. Lama-lama aku rela. 2 token, aku naik dengan Myra. Mula-mula ok la, rendah je dia terbang, lama-lama makin tinggi, mencecah bumbung khemah sebelah. Huooo, gayat dow. Terpekik terlolong aku terbang tinggi tu.

Lama juga kami terbang kat atas tu, bila turun pening. Senyum pun rasa macam tak senyum je. Menggigil. Mabuk. Adeiii.

Then, bawak cikOni naik jumbo. Nak naik kereta api, tapiii cikOni ni bukan reti duduk diam, ngeri je bila dia tergolek ke nanti, so naik benda lain, yang mak boleh naik sama.

Adik kakak. Eh? mak ngan anak.

Haaa tak pasal-pasal naik jumbo, yang biasa ada di pusat beli belah tu. Adeiii aku sekali naik. Hihihi. Pening kepala naik buaian tadi tak hilang lagi, dah sambung natang ni pula.

Tukang belanja =)

cikOni? muka dia still, still flat. Agaknya dia pun masih pening-pening dek berendam lama siang tadi. Lepas teman mrABi main game, semua bergerak pulang apartment. Aku rasa tulang aku dah patah riuk. Sama-sama cari minyak cap kapak dengan Myra. Huhuuu.

~)@ Funfair zaman aku kecik dulu lebih best dan meriah, hadiah pun besar-besar.

Hijaucantik Giveaway.

~)@ Poster lekat ni @(~

Salam satu Malaysia.

Hijaucantik Giveaway, sempena mrABi birthday. Baca dahulu sebelum buat ok.


[Terma dan syarat semuanya ada di sini]

Jangan marah ye kawan-kawan ;)


Biarkan mereka 3.

Tuesday, 28 December 2010

Wiii salam satu Malaysia. Wei, aku memandu dengan keadaan cuak, sebab semalam balik kerja aku bergesel dengan BMW, wuuu nasib tak apa-apa. Gila laju aku drive semalam. Hihiii.

Hari ni juga badan aku terasa segar dibandingkan dengan semalam, mau taknya dua hari berendam di Tiara Beach Resort melayan cikOni yang sememangnya hantu air tu.

Tapiii yang paling seronok dah tentula anak-anak kan? tak kisah makan minum, janji dapat main air. Dan yang tumpang seronok sama mak dengan ayah. Hihiii.

Pagi Sabtu seawal 9 pagi kami gerak dari rumah ke Kajang rumah kakak ipar aku. Berkumpul di sana. Kecoh. Biasala 1st time kami bergether-gether. Aku hangkut papa, mama ngan adik aku sekali. Berjasa betul kereta papa aku tu. Nampak je macam tak larat jalan jauh, tapiii gagah meredah jalan KL.

Comelkan diorang niii.

Bila ummi dan abah sampai, terus kami bergerak. mrABi drive. Urgh, jalan ke Negeri Sembilan ni, awal-awal pagi dah jammed. Bergerak secara perlahan. Rupanya eksiden yang tak seberapa. Jammed nya, mak aih dari tol Bangi sehingga setengah perjalanan.

Check-apartment, makan-makan. Dannn time to go. Gedebush! Best wei best, aku jakun gila naik gelongsor air tu, 1st time naik dengan Amiza, dia rilex je, aku yang terjerit-jerit. Lepas tu, aku naik dengan Oni, mrABi tukang tunggu kat bawah. Ahahaha.

Lepas hajat aku nak naik gelongsor tu, walaupun tahap kanak-kanak punya. Orang dewasa punya gelongsor lagi tinggi, mau puyeng aku.

Amiza

Alisha

Haikal

Hakim

Mana Oni? hahaaa. Sorok dulu, kena edit gambar Oni tu, sebab seksi sangat. Bestkan jadi diorang ni, comel-comel. Susah gila nak ajak diorang naik. Tak reti-reti jari dah kecut. Masih lagi nak main air.

Aku siap telan panadol, pening kepala. Mabuk air. Adeiii.

Petang itu juga keluarga aku pulang ke Johor. Mujur diorang sampai hari Khamis, kiranya dah puas la bermain dengan cikOni.

~)@ Aku rasa mandi lagoon ni lebih best nak dibanding mandi laut. Betul tak?


Aku peramah bukan pemarah.

Monday, 27 December 2010

Salam satu Malaysia, selamat pagi semuaaa.

Kepala aku masih weng-weng lagi ni, pening-pening lalat dek kerana meneman cikOni berendam di Lagoon. Tidur pun tak mencukupi. Next entryla aku story ;)

Rentetan peristiwa Khamis, cerita tak habis. Bila aku baca semula entry tu, kenapala aku taip entry tersebut, haru biru, huru hara. Aku sendiri tak faham motif entry itu di tulis, ampunkan aku penunggu gua.

Ahaha, aku wanita berkerjaya, aku juga surirumah berjaya, aku seorang tukang masak, aku juga seorang pendobi pakaian, aku seorang jururawat, siapa sangka aku boleh membaiki perabot dengan baik, aku seorang cleaner cemerlang, aku adalah guru, aku juga seorang pengasuh, malah aku juga seorang tukang urut. Senang kata, aku ialah role model =)

Jadiii apakah salah aku, jika terdapat kekurangan dalam perkerjaan aku di atas, sekiranya semua perkara dilambakkan kepada aku seorang. Jangan salahkan aku kerana aku masih seorang manusia yang berperasaan, yang masih memerlukan belaian kasih sayang.

Kadang-kadang aku terfikir, apa yang aku buat untuk diri aku sendiri? huhuuu kesiannya aku, menyayangi orang mengabaikan diri sendiri. Biar apapun gelaran orang nak lemparkan. Tapiii itula aku seorang isteri yang taatkan suami, aku isteri yang menghormati suami.

Aku masih sedar, aku masih muda dan perlu melalui hari-hari dengan gembira. Buat apa aku makan hati dan memendam perasaan. Buat diri menjadi lebih sakit, kan bagus bersemuka, bicara hati ke hati, bicara mulut ke mulut (opsss!) sakit pun masa itu aja, dah lepas tu ok la kan?

Penting sebenarnya berterus-terang ni, iya sejak aku berkahwin amat kurang aku berterus terang, nak menjaga hati punya fasal, padahal berterus terang itu la penyelamat rumah-tangga sebenarnya.

Aku kena menjadi diri aku sendiri, selamba, sempoi, gila-gila. Bagaimana dia mengenal aku, begitula aku yang sepatutnya. Go-go cayok.

~)@ Akhir tahun entry emosi sikit. Biasala nak buka buku baru jadiii perkara, perkataan, perbuatan yang tak elok tu kena la seal ketat-ketat.

~)@ Macam mana isteri-isteri berkejaya mengatur jadual menjadi suri-rumah terbaik? Hrmmm tanya pada yang pakar.

Hilang akal, hilang arah, hilang tujuan.

Friday, 24 December 2010

Salam satu Malaysia. huyeee esok cuti, cuti-cuti Malaysia.

Selepas makan tengah hari semalam, aku masuk bilik meeting dengan boss. Berdebar-debar jantung hati, apakah tugasan kali ini. Melihatkan dia masuk berlenggang tanpa laptop dan buku nota, hati aku lega sikit.

Maknanya mahu beramas mesra saja. Mahu face to face berbual soal hati perasaan suasana dan keadaan. Sengal ah, aku tiada scandle dengan boss sebab boss aku bimbang dengan mrABi. Asal jumpa aku je kata takut kena tembak. mrABi tu kerja tembak orang kah? hoi! jangan double meaning.

Owh aku bakal menadapat boss baru. Boss ku ini sudah tidak mampu menjaga diriku kerana kesibukkannya yang teramat. Aku faham - aku faham. Aku bukanla seorang yang suka susahkan orang. Hiii.

Ok, balik rumah macam biasa, ambil cikOni bawak pergi taman. Kuki-kuka-kuki-kuka, naik rumah. Tengok-tengok pakcik 2 orang tu tenang-tenang layan Seribu Kali Cinta. Adik ipar aku ni suka tengok cerita Melayu. Hari tu kitorang layan Asmara, sampai aku tak tau kesudahannya.

Aku jengah bakul baju kotor, dah macam ais-krim. Siapa la kena cuci tu kan? kalau dah masing-masing don't know je. Aku la tu yang kena. Aku angkat pergi basuh, tengok baju kat ampai tak berangkat. Aku la tu yang kena lagi.

Pergi dapur, keluarkan bahan mentah, masak nasi. Kesian cikOni jadi mangsa keadaan, asyikla muka garang aku tunjukkan kat dia. Macam mana kerja nak cepat siap kalau dia duduk celah kangkang aku, tarik-tarik seluar.

mrABi pergi main futsal jadi? aku la yang kena jaga cikOni kan? sabar ajala. Mujur, siap aku berperang dengan dapur cikOni tidur. Online sekejap sementara tunggu mesin siap proses cuci baju.

Dapat call dari mama, ooo-hoooiii SURPRiSE, dia dah ada kat Seremban, tengah makan-makan. Dengan papa dan adik. Ayarkkk! Dia call mrABi tak dapat-dapat sebab mrABi tengah main futsal.

Bertambah malang handphone aku kena barred akibat terlebih penggunaan. Insaf sekejap, jangan guna handphone bila nak tengok blog/FB.

Cool syasya cool. Tengah-tengah sidai baju, mrABi call suruh aku ikut Didi (adik ipar aku) ambil mama kat Bukit Jalil, diorang dah sesat barat. Mujur cikOni dah bangun. Dengan tak ready apa-apa, aku hanya bawa handphone dan air untuk cikOni, apa kena mengena tu?

Terus jadi peramah aku dengan Didi. Yelaaa, dia lelaki. Tergelak-gelak bila dia pun taktau jalan nak pergi Bukit Jalil dari rumah aku. Huahahaaa, cemana tu? Maknanya? redah je la kan? Aku memang buta jalan-jalan kat KL ni, lalu la 45 ribu kali pun, memang aku failed. Sesat. Pergi balik kerja aku tau la. kuikuikui.

So far, sampai je Bukit Jalil, Didi nampak Wira Aerobek (aku tak reti eja).
'Bukan-bukan, kereta papa tu agak tak baru' tapiii mata aku nampak papa tengah jalan-jalan kat pejalan kaki.

Jumpa juga. Bila lalu tol rm0.50, aku lost. Rupanya aku tak bawak beg duit. Bila tak bawak beg duit segala lesen ic aku? Takde. cis-cis-cis. Menggelabah cari duit syiling dalam Kelisa. Takde, baru ingat mrABi letak dalam dompet kecil. Tapiii letak kat mana taktau. Buka dashboard jumpa Smart Tag tapiii tak reti guna. Lawak Ngangkung sungguh. Mujur, mujur lagiii. Didi bawa wallet, rm0.50 aja, claim dengan abang nanti.

Gelak-gelak-gelak, sampai juga rumah. Home sweet home. mrABi tengah makan malam, jam 11.00. Jam 12.30 aku pula ambil makan malam terus tidur. Huahaha.

~)@ Sebenarnya aku marah, tapiii bila dah berlaku kejadian macam ni, hilang marah aku. Jadi tak tentu arah pula. Berfikirla secara rasional walau dalam keadaan apa sekali pun.

Cinta hati.

Thursday, 23 December 2010

Wiii, yeye esok Jumaat. Tak payah pening fikir nak pakai baju apa. Eh? aku rasa t-shirt kompeniii tak cuci lagi arrr. Alamak!!!

Aku memang suka kompeni sediakan uniform, tak payah pening-pening nak mikir pakai baju apa, match tak dengan shawl, dengan seluar. Haih, rumit-rumit.

Malam tadi aku layan movie Alvin and The Chipmunks. Cute. Aku dah tengok 5-6 kali, tetap best. cikOni siap joget-joget, kagum dia tengok 3 ekor tupai tanah tu.

Malam tadi juga baru la aku dapat bersemuka dengan mrABi, hahaaa. Nama je dah kawin, tinggal sebumbung tidur sebantal tapiii nak bertemu muka dengannya payah benar.

Apataknya, dia balik aku dah tidur, dia bangun aku dah pergi kerja. Kalau dua-dua bangun dan ada kat rumah, sibuk pula dengan kerja rumah masing-masing. Bila duduk rapat sikit, yang sorang lagi cemburu.

Kekadang aku fikir, rasa macam tak heaven aja. Seorang ke hulu seorang ke hilir. Walau macam mana pun, aku tetap cuba mencari masa supaya kami dapat bersama dan bila dapat bersama biasanyaaa yang jadi mangsa, cikOni.

Oni... esok-esok ada adik, jangan ajak buat macam ni ye, gugur jantung umiabi nanti.

Sesi membuli anak namanya. Bila mrABi baca komik, aku baca majalah, cikOni leka bermain sampai satu part, dia datang kacau salah seorang. Tak pun dia buat perangai yang terpaksa umi dan abi dia berhenti dari membaca.

Disuruhnya kami ni tengok perangai-perangai fresh dari dia, sekarang ni sesi meniru. Habis iklan-iklan kat TV dia ikut. Menari, melompat, berlari, memanjat, bergayut. Sampai aku terfikir, betul ke ini budak pempuan?

PakSu, tokMama dan tokPapa dia dah rindu dendam kat Johor. Namunnn mrABi dia masih buat derk aja. Sabar je la ya. Hahaaa.

~)@ Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu, tepuk Oni pandai, nanti upah baju baru. hahaaa.

Tupperware.

Wednesday, 22 December 2010

Salam satu Malaysia. Wiii... kejap je sudah Rabu.

Hari ni aku nak menayang lagi, semalam hanger dengan telekung travel, hari ni sesi tayangan tupperware.

Hasil simpanan 10 bulan, RM500 berbaloi-baloi. Lepas ni sesi men'collect' barangan tupperware. Suka sungguh aku melihat betapa meriahnya warna-warna tupperware tersebut.

Boleh bawak pergi PD nanti, huhu...

Model tupperware versi aku, paham-paham je la tang mana yang dia geram tu kan? Orencantik dia tak sudah-sudah.

Sibuk nampaknya makcik Oni ni, pelanggan ramai gamaknya. Oni... Oni...

Mari kita sama-sama menyelamatkan bumi, dengan menggunakan tupperware, hiii... tak rugi melabur mahal-mahal, sebab tupperware mama aku dah lebih 10 tahun tahan lagi sehingga sekarang.

~)@ Berangan nak semua warna hijau. Tapiii apakandaya.

Dapat juga.

Tuesday, 21 December 2010

Salam satu Malaysia... wiii... dah pun Selasa, sekejapan masa berlalukan? kan? kan?

Dah lama aku nak penyangkut tudung, nak kemaskan shawl-shawl aku yang semakin banyak. Akhirnya, masa futsal samba hari tu, pnUmmi bawa. Beli dengan dia je la.

Mulanya aku tengok di blognya Mama Q Store. Nak suruh dia pesan pada husbandnya, untuk dikirim kepada mrABi, asyikla terlupa. Sudahnya, dia bawa juga. Harganya RM25 disebabkan promosi Krismas jadi RM15.

Kalau nak order pam susu ke, or yang berkait-kait dengan breastfeed, bolehla ke Mama Q Store. Segalanya di sana.

Penyangkut shawl dan telekung travel.

Keduanya, aku kepingin telekung travel biasanya ada di Indonesia. Ada dua orang yang selalu pakai kat surau opis aku, warna purple dengan coklat. Cantik, ringan, kecik, simple dan mudah. Sesuai dengan namanya telekung travel.

Sering kali aku jengah ke Itsy Bitsy Secrets dikendalikan sendiri oleh kakNani aka mama kembar3. Murah wok, cuma RM29 termasuk penghantaran.

Akhirnya, hijau menjadi milikku jua. Aku rasa aku nak beli lagi 3 la. Hahaha... tunggu gaji akan datang, aku borong. Murah sesangat.

Hihiii mestila warna kegemaran menjadi pujaan. Seronok bila dah dapat, takla aku cemburu tengok di blog-blog orang lain. Wiii...

~)@ Hijaucantik =)

Persiapan.

Friday, 17 December 2010

Salam satu Malaysia.

Fuuuhhh... lega rasanya dah launch giveaway buat pertama kali. Serius, aku gemuruh sampai mimpi-mimpi, nampak simple tapiii hanya Tuhan yang tahu perasaannya.

Amboi, happynya hari Jumaat katakan, sok boleh la guling-guling habiskan masa bersama keluarga ya? Aku pun dah start nak membusykan diri ni. Saje.

Semalam, opis aku agak meriah. Mood aku nak kerja pun ala-ala aja. Kebetulan, pc aku sedang di audit oleh Abamon, so makin la malas aku berleluasa.

Cik PA, Jeanne, bersama orang suruhannya menaikkan pokok Krismas, aku jadi jakun sekejap bila mereka menghiasnya di depan mata. Aku tolong tengok je la kan.

Aku cadangkan letak di pintu masuk, tapiii takde orang nampak katanya, iyala... pasang untuk membuatkan staff tak senang duduk aja, dah fikir nak bercuti. Hahaaa. Akhirnyaaa pokok ini berdiri di sebelah tempat aku duduk. Ceh!

Amik kesempatan, main-main-main je ya...

Macam-macam spekulasi mereka buat, takut aku kena elektrik la, aku kena pasang lagu Krismas la, aku kena tunggu santa datang la, aku gelak aja. Habis-habis aku kata 'ok nanti i nyanyi lagu krismas. Ribut taufan hujan lebat lepas tu jangan la u all pertikaikan pula ya'

Gelak lagi, waaah mentang semua bos takde, heaven engkorang kan?. Tak lama sebelum aku balik, pokok tu dah sempurna siap, blink-blink dan berwarna-warni. Kagum juga aku sebab pokok ni dah generasi ke empat masih boleh diguna pakai lagi.

Jeanne kata, pokok ni akan ada sehingga kita semua sambut perayaan, tahun baru cina-gantung angpau merah, hari raya-gantung angpau hijau, deepavali-gantung maruku, begitula sehingga ianya punah. Kita tengok tercapai ke tidak.

~)@ Kitakan satu Malaysia =) Nasib baik aku tak langgar masa nak duduk tadi, haih! selalu lapang aja.

Hijaucantik ada pengumuman =)

Thursday, 16 December 2010

Salam satu Malaysia semua. Hahaha semangat-semangat tinggal esok sahaja hari yang tinggal untuk minggu ini.

Dah sarapan? Sarapan aku simple aja, biskut dengan teh tarik. Aku tarik sendiri la, sedap wei. Siapa yang tidak menggemari biskut krim ini, sila bagi aku. Aku makan bercecah air panas, sedap. Cukup rasa. Sebab apa, aku perhatikan kat opis aku ni, biskut ini adalah yang terakhir akan habis, dan biasanya aku la orang yang menghabiskannya. Kesian sungguh.


Okok, bukan tu aku nak cerita, aku ada pengumuman nak buat ni, hehehe...

Alaaa aku nak buat GiVEAWAY senang-senang aja. Malam ni aku cuba buat bannernya, jangan la gelak. Aku tak sekreatif Whiteymommy tu, tapiii cuba jugala.

Bila nak launch? Esokla, hari Jumaat. Aku harap adala yang sudi nak joint, almaklumla blog tak seberapa ni. Tak sesat, tak la tahu hijaucantik di pinggir hutan ni.

Baru dapat kebenaran mrABi, sesungguhnya baru ku tahu mrABi tu sangat supportive orangnya, kekeke... apa punya isteri kan???

GiVEAWAY ni juga sempena birthday dia nanti, kitorang akan sama berumur 26 tahun untuk tempoh masa 4 bulan akan datang, sebab bulan lima aku tambah satu lagi. Cepat betulla.

Apa hadiahnya? benda free mesti sukakan? antaranya fridge magnet atau frame gambar atau buku nota atau bergantung kepada kenaikan gaji aku, nanti aku update lagi jika dah decided. Hanya itu yang aku baru terfikir.

~)@ Aku tengah berfikir sebenarnya ni, kenapa aku hanya dapat BE di leaderboard sahaja. Mungkin hijaucantik belum cukup bagus.


Melaram punya pasal.

Wednesday, 15 December 2010

Salam satu Malaysia, yeaaa hari ini sudah Rabu. Hari paling aku suka.

Kelam kabut. Itula permulaan untuk aku hari ini, bangun pagi pun dah lewat, snooze tiga-empat kali siapa suruhkan? padan muka.

Biasala, Subuh pun sipi-sipi nak habis, gigih nak gosok baju lagi. Adoiii nyesal tak buat malam tadi. Cis!

Hari ni aku dress-up ala mak datin, wahaha... 1st time aku pakai baju nak terbang ni, ala-ala kelawar dengan seluar lembut kembang-kembang, heel lagi.

Tu la mak datin punya dress-up, hantar cikOni pun dah lambat, menambah kelewatan bila dia berjalan tanpa arah, nak dukung aku tak larat.

Bila turun ke parking, korek-korek handbag cari kunci kereta, tapi... kunci rumah takde. Cis-cis-cis! Mencik!

Call mrABi suruh simpan kunci rumah di tempat RAHSiA, kekeke mana boleh bagi tau, kang kena tembak lak. Kunci rumah sampai 3-4 salinan.

Control ayu jalan ke kereta, pleg-pleg (bunyi alarm) kereta, bila buka je pintu kereta langsung bucu tersangkut kat bibir, cis... sakit siut, sampai berdarah gusi aku (tak la banyak). Rasa kebas semacam.

Bucu pintu kereta makan tuan.

Dah lambat. Tengok kat cermin ok je, cuma dah lama-lama terasa bengkak. Haih! harap tak ketara la bengkaknya. Senyum pun senget je rasa.

Jalan lengang, bagus cuti sekolah ni. Bila dah sampai, syok berangan sampai keluar kereta baru perasan pakai kasut lain sebelah.

Dah kena patah balik tukar kasut. Adeiii... (aku tak reti pakai heel bila drive, kena pakai kasut flat)

Kasut kanan yang banyak berjasa, sampai peeling.

Lepas kunci pintu kereta baru la aku bergegas panjat tangga 6 tingkat, tuju ke opis. Aku masih yang pertama sampai =)

Selamat juga aku tiba ke destinasi dengan macam-macam halangan.

~)@ Sama je nasihat aku, JANGAN BERANGAN dan SYOK SENDiRi. Hahaha, sekali sekala macam ni, rasa seronok jugak. Sempoi-sempoi aja.


Kukuku, kuku kamu, kuku kita.

Tuesday, 14 December 2010

Salam satu Malaysia... wiii lambat sikit aku masuk bilik berita hari ni, huaaa penangan PAPADOM Astro Prima malam tadi, aku nangis kaw-kaw. Mata aku bengkak.

Filem tu memang best.

mrABi menanya aku bertubi-tubi, kalau dah polis soal siasat sampai terjawab persoalan. huh!

Disebabkan mrABi kerja balik tengah malam, peti ais pun dah kosong, dengan takde mood aku malas nak masak, ke hulur ke hilir macam orang tak betul akhirnya aku duduk depan tv dan teringat Awan Dania 3.

Kacak sungguh si Gambit ni. kuang-kuang-kuang.

Aku teringat nak cek kuku cikOni, minah ni ganas sikit. Pantang kuku panjang dia menggaru sehingga luka berdarah. Tengok muka dia banyak luka-luka kecil disebabkan menggaru.

Hobi dia lak kalau nak tidur, takde kain nak pegang dia akan korek telinga dia (pangai mak dia ni) huahaha... kalau kuku panjang, terkupas sikit kulit tu.

Sebab tu setiap dua atau tiga hari aku buat spotcheck, kuku panjang kena potong. Potong kuku kena time dia tidur, kalau tak dia nak potong sendiri. Camno tu?

Dulu jari ini hanya bersaiz sebatang lidi, huhuuu...

Kuku budak-budak ni memang cepat panjang kan? aku teringat masa cikOni bayi hari tu, dah la jari besar lidi, kuku panjang lak tu, aiii cuak betul aku nak potong, tapi nak soh mama aku yang rabun tu? mau hilang jari cikOni tu (kata mama sendiri).

Sedangkan kuku aku pun bila panjang sikit aku dah risau, apatah lagi kuku anakku itu. Ya la dia kan kuat main, korek sana-korek sini, pastu lupa nak cuci tangan, makan pulak. Boleh mendatangkan penyakit.

Aku pun dah lupa bila aku start pandai potong kuku sendiri, sebab aku rasa starting potong aku hanya pandai potong kuku belah kiri, sebab aku bukan kidal maaa. Akhirnya, bila masuk hostel, takkan aku nak post tangan kanan kat mama kot, aku belajar sendiri.

Kalau ada mood, lepas potong kuku cikOni, aku beralih potong kuku mrABi pula. Nama je kerja pejabat, kuku macam orang kerja bengkel. haih!

~)@ Kuku bersih menjamin kesihatan yang baik, bila kita sihat hidup lebih bermakna, tak gittu?


Keselamatan seorang isteri.

Monday, 13 December 2010

Salam satu Malaysia. Hrm... hari ni rumah di pinggir hutan ni nak hidangkan sedikit pesanan. Mari-mari.

Azali kita tahu, sepatutnya kerja-kerja rumah ditanggung orang seorang suami, namun pada masa kini berapa keratkah seorang suami membuat kerja-kerja rumah ini tanpa mengharap sebarang balas dari seorang isteri?

Fikir-fikirkan ya.

Bila menjadi seorang isteri, sudah lumrah hati isteri menjaga suami, menjaga rumah, menjaga segala isi dalam rumah. Tapi, sedar tak sedar seorang isteri juga perlu menjaga keselamatan diri sendiri di rumah.
'Alaaa kerja hari-hari aku buat, takkan ada apa-apala' ayat biasa. Tapi... malang tidak berbau. Boleh jadi secara tidak sengaja.

Huaaa intro yang agak panjang. Buat kerja rumah tidakla semudah yang disangka.

Mencuci bilik air, memerlukan wangian dan kebersihan di semua celah dan ceruk.
Kita akan terdedah dengan sabun dan keadaan lantai yang licin.
Jadi pakailah selipar yang cekam dengan lantai.

Begitu juga penggunaan vakum semasa menyedut habuk di setiap ruang rumah, setiap ruang kena bersihkan di setiap celah perabot.
Kita terdedah dengan renjatan elektrik untuk memasang plug atau barang-barang berat di atas almari jatuh menimpa.
Jadi, pastikan tangan kering semasa memasang plug dan juga kemaskan barang-barang yang mudah jatuh di tempat yang lebih selamat.

Menyusun perabot, memperkemaskan langsir, membuka tingkap. Semuanya memerlukan kita berhati-hati.
Kita terdedah dengan sesuatu seperti, jari kelingking kaki tersadung perabot, pernah tak kena? rasa nak nangis kan? takpun tersangkut jari tangan di cermin tingkap, lukakan?
Jadi, jangan sesekali berangan.

Dapur merupakan tempat kegemaran kebanyakkan isteri, tempat paling banyak terdedah dengan bahaya.
Minyak panas, peralatan tajam, air panas, barangan elektrik, lantai berminyak, kaca yang pecah, bau busuk (eh!).
Jadi... sentiasa berhati-hati, jangan terburu-buru jika di dapur, buat satu-persatu dengan tersusun.

Semasa membasuh, mengangkat, melipat, mengemas pakaian ke dalam almari, menggosok pakaian.
Terdedah dengan air berarus elektrik, risiko hanger patah, jari tersepit antara laci almari dan lecur terkena iron.
Jadi secara tak langsung, kita kena sediakan jadual untuk menguruskan baju-baju kotor atau hari mendobi.

Kesimpulannya, seorang isteri berisiko untuk mendapat bahaya, seorang isteri dan anak berisiko mendapat bahaya yang lebih besar, seorang isteri dan anak dan sorang pekerja lebih berisiko tinggi.

Seharusnya seorang isteri sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah mengalah. Buat kerja dengan gembira, ikhlas dan jangan terlebih berangan. BAHAYA!

~)@ Berhati-hatilah, berwaspadala untuk orang-orang yang disayangi. Sayang diri sendiri ya =)

Cerdik si kancil.

Friday, 10 December 2010

Salam satu Malaysia. 10.12.10, cun. Haaa... dah pun Jumaat. Pejam celik-pejam celik dah pun habis seminggu. Mulala berdebar-debar menanti si jantung hati, balik KL hari ini. Adus.

Lama tak cerita pasal cikOni kan? haaa dia dah makin banyak songeh, akal dah hampir infinity. Ada je benda yang dia nak buat.

Satu hari kalau tak buat aku hangin memang tak sah. Bila speaker aku kuat sikit, dia buat muka. Majuk la konon, bawak diri. Sungguh aku tak tahan.

See... lepas kena marah sebab sibuk nak novel aku. Tak nak baca buku sendiri. Tangan gatal pergi cabut huruf O. Tau nama sendiri. Suka benar ngan huruf O.

Ok dah pun tercabut, perasan aku tengah fokus kat dia.

Konon-konon pasang semula la kan, kadang-kadang dapat dia pasang semula. Tapi, selalunya ke failed je la.

Tadaaa... camnila gaya pasangan dia. Dah siap pasang la ni. Start geram dengan aku punya kamera.

Ok cabut terus. Datang kat aku gelak-gelak. Lupa dia tengah merajuk tadi.

~)@ Aku sudah tidak berasa sunyi bila jantung hati tiada disisi kerana aku tahu aku masih ada buah hati yang seorang ini.

Senyum sampai telinga.

Thursday, 9 December 2010

Wuhuuu salam satu Malaysia... Esok dah pun Jumaat kan? cepat sungguh masa berlalu.

Semalam aku sampai rumah lambat gila, lepas maghrib. Huih! jem tidak beroti, kagum dengan para ah soh bawa kereta. Lesen penuh, ikut suka-suki dia je nak celah. Nak je aku kiss kan sikit enWaja aku tu pada dorang semua.

Sampai rumah, bersilat aku kat dapur. Emak saudara aku datang, aku buat cendawan sos tiram dengan ikan goreng. Hujan membuatkan perut aku tak sabar-sabar nak jamu nasi panas. Lelebih lagi bau cendawan sos tiram tu, huih... laparrr.

Ajak dia makan, dia tak mahu. Elok je dia balik aku bedal sebelum adik-adik ipar aku balik pasar malam dengan cikOni. Amik kesempatan pun ya juga niii. Kekeke...

Macam biasa, konon nak BW. Akan tetapi teruja dengan satu komen di orencantik.

GTO atau Eyriqazz. Aku anggap dia ialah sifu, seperti kakKujie atau abangBen. Selalu aku main sekodeng-sekodeng je ke blog dia, sebab rasa macam jauh benar beza blog aku dengan blog orang lama macam ni.

Bila tuan tanah sendiri dah menjemput aku untuk join giveaway, aku pun dengan sudi dan rela hatinya la join tanpa rasa was-was. Terima kasih bro...

Eh lupa pula, siapa nak ikut serta pergila ke orencantik ya =) mmuah!

~)@ Hatiku ada bunga :D


Adik beradik dalam satu rumah.

Wednesday, 8 December 2010

Salam satu Malaysia. Wah malasnya nak pergi kerja. Rasa nak tidur sepanjang hari je kan? rasa Monday blues pun ada juga ni.

Seminggu ni, aku keluar lambat dari rumah. Bangun pun lambat dari biasa. Bagus juga cuti sekolah ni, tak banyak kereta di jalan raya. Meluncur laju je enWaja aku.

Diberitakan, Sabtu lepas aku sepatutnya berada di majlis perkahwinan kawan baik selamanya yang berada di Kota Tinggi, malangnya aku gagal berbuat demikian. Sabtu bakal datang ni, di rumah pihak lelaki, juga aku tak dapat menghadirkan diri kerana mrABi sibuk dengan kerjanya.

Nak balik sendiri dia tak bagi. Aku pun seram sejuk je nak naik bas, tambah-tambah bawak cikOni tu, huiii buatnya dia tawaf satu bas, tak ke haru.

Nak naik flight, siapa pula nak tunggu aku kat airport? urghhh... alasan tak boleh diterima sungguh. Mungkin tiada la rezeki aku tuk ke majlis tersebut.

Masalah lain yang datang apabila pengasuh cikOni emergency balik kampung halamannya. Aduhai. Siapa yang jaga dia? Aku pinjam maksu Myra. Adik ipar aku sementara dia cuti sekolah.

Rasa macam orang asing dalam rumah sendiri pula, mana taknya tiga orang adik beradik ni dalam rumah aku. Kenyataan harus aku terima la kan, kalau hantar rumah MiL pun siapa nak jaga sebab MiL aku berkerja.

Lega juga la Myra ada membantu menjaga cikOni, cikOni pun senang dijaga, dia hanya tidur waktu siang. Waktu pagi dia bangun aku dah ada menjaga.

Lagi-lagi mrABi kena keluar bertugas ke Johor Bahru selama tiga hari. So aku rasa best jugakla, sebab ada kawan bercakap, kawan ketawa dan kawan buat kerja rumah.

mrABi dengan cikOni,
Didi
(adik lelaki mrABi yg tinggal dgn aku) dan,
Bob, abang mrABi bersama Ryan


aku dengan cikOni,
makSu Myra,
biras aku Fiza bersama Ryan.


Mesti kena ada kawan baru kita boleh gembira kan?

~)@ Bilalaaa rumah aku nak kembali normal macam dulu balik ni. Huuu...

Rahsia buku lama 1.

Friday, 3 December 2010

Salam satu Malaysia... kenapa tiada entry semalam? kesihatanku tidak mengizinkan.

cikOni dah cecah 1 tahun 5 bulan semalam, aku kena ingat sebab next month kena bawa pergi injek 18bulan, betul tak ibu2 semua?

Malam tadi aku masuk bilik komik mrABi, menyelongkar barang-barang lama. Barang-barang menggamit kenangan gittu. Maka terjumpala buku-buku yang ku kira sangat meninggalkan kesan mendalam pada zaman tersebut.

Sekitar 1996, ingat tak kepada kad-kad nama yang fancy, jika tak silap 12 keping RM3.00, betulkan kalau salah ye. Aku betul dah lupa. Aku ada juga buat satu, kenangan. Bagi pada kawan-kawan. Nak memilih kad tersebut sangatla jenuhnya sebab terlalu banyak pilihan.

Aku grab buku address ni, harganya? serius memang aku tak ingat. Aku bawa ke sekolah menengah, minta kawan-kawan asrama penuhkan butiran di dalamnya. Nama, alamat, tarikh lahir dan nombor telefon.

Tahun pertama menyambut hari lahir 1997 bersama dengan kawan-kawan asrama. Freshie, banyak gila dapat present daripada kawan-kawan dan senior lelaki. Hahaha... senior pempuan gasak dok nak jadi kakak angkat. Sampai aku pun pening nak jadi adik angkat siapa. Sehingga sekarang aku dan kakak angkat aku tu masih berhubung, dia seorang guru.

So buku ni, dari seorang kawan bernama Aznah Sahran, baru sahaja berumah tangga. Sempena ulangtahun kelahiran aku yang ke 13 tahun. Sangat obes eh? obses dengan David Beckham. Player no.7 Manchester United dan kumpulan Westlife. Love dengan Shane time tu.

Isi buku ini, sama juga alamat kawan-kawan terutama kawan berlainan sekolah. Sebab banyak benar kena ikuti kem motivasi la, masuk teater la. Sayangnya, time minta tu memangla ingat orangnya, bila balik langsung tak terbayang pun. Zaman tu mana ada handphone berkamera.

1999, cerita kelakar disebaliknya. Alkisah tahun akhir, ceh konon! tahun PMR, jadi buat satu majlis makan-makan dan bertukar-tukar hadiah. Lucunya, aku dengan Nurul Ain Ahmad Nazri, si pemberi, outing mencari hadiah bersama.

Makanya... dah takde rahsia la kan? sebab dia beli hadiah depan mata aku. Tangan aku mencabut undi, dan namanya naik. Gelak tak ingat masa tu sebab, memang kitorang je yang tau kisah disebaliknya.

Oleh kerana buku alamat dah ada, buku ni aku jadikan motivasi. Aku potong dan tampal artikel-artikel yang boleh memberi motivasi sahaja. Alaaa... kata-kata hikmah la. Aku tulis segala kata dan ayat yang best dan memberi makna dari novel-novel atau naskhah yang tidak boleh digunting.

Buku-buku ni memang sentiasa aku bawa setiap kali aku berhijrah. Disebabkan isi kandungannya bermakna, secara tidak langsung aku menjaganya dengan teliti. Nampak macam barukan?

~)@ Tajuk tu ada part kan? makanya akan ada lagi rahsia buku lama selepas ini =) terkenang zaman sekolah lagi. Haishhh!


Hobi lama muncul kembali.

Tuesday, 30 November 2010

Salam satu Malaysia. Cemana hari ni? oih Monday blues ka... ayokkk today is Tuesday la.

Agak mengantuk aku hari ni, alaaa sendiri cari pasal. Takde orang suruh, padanla muka. Akibat kelewatan tidur gara-gara Chinmi. Cute nama dia.

Sangat kuat ok. Bila aku start je baca, terasa tak nak berhenti. Setiap satu siri komik ni mendebarkan buat rasa tak sabar nak tau penghabisannya.

Almari dah penuh.

Marila dapatkan di pasaran, mrABi sanggup habis beratus ringgit tuk collect komik-komik ni. Sanggup lagi pergi beli cash dari kilang cetakkan terbabit. Huiii...

Kalau aku suka kumpul baju, mrABi? suka kumpul natang ni la. Anak Sateria merupakan salah satu siri kesukaan aku. Lupa segala bila dah start membacanya. Kuikui.

Dulu, aku pun suka kumpul komik ni tapiii komik aku mestila ada art lelaki-lelaki kacak dan pempuan-pempuan comel. Citer semua romantik je, loving-loving. Hehe... aku suka komik Gempak Starz, comel belaka.

Sejak dah nikah, aku dah malas nak baca. Tak sesuai ngan umur satu hal. Beralih kepada novel pula. Lebih mahal. Muahaha. Tambah-tambah, pernah aku baca sambil tunggu bas tepi lebuhraya, semua orang bajet aku budak-budak.

Bila aku kata, nanti sampai rumah asben ambil kat LRT, hahaaa buntang biji mata diorang tak percaya. Mulala sesi interview. Macam mana aku boleh kawen, muka macam budak baru lepas SPM. Haih! no... no... no...

~)@ Marila kita isi masa dengan membaca, tak kira apa jua bahan bacaan. =)

Donut.

Monday, 29 November 2010

Salam satu Malaysia. Dah sarapan pagi ke? Hihihi... bagus, untuk mengelak sakit jantung ambilla sarapan pagi ya.

Di opis aku ada satu je kedai makan, makanya di situ sarapan pagi, di situ makan tengah hari dan di situ jugala minum petang. Kalau aku rajin aku turun pergi beli sarapan, hrrrmmm kena pula hari pertama berkerja bersusun kuih muih atas kaunter.

Dalam tray ada makanan berat. Kekadang termenung juga aku depan kaunter tu, taktau nak makan apa. Melampau sungguh kan? haha...

Kenangan sungguh.

Pada satu hari, tah kenapa aku teringat akan donut, bukan akakDonut ya. Aku amek donut dan letak sambal nasi lemak. Tercengang kakak jaga kaunter tu. Dua kali dia tanya aku nak confirm sambil geleng2 kepala. Tiga kali aku kata ya.

Sejak pada tu, setiap kali ada donut, dia dah tau nak buat apa.

Terimbau kenangan masa sekolah menengah dulu, bila masa rehat selalu berkejar ke kantin untuk donut letak sambal dan mi bandung. Yummi-yummi, memang the best la. Duduk kat bangku panjang ramai-ramai, dalam suasana hingar makan.

Tak payah tengok jam, tunggu le loceng berbunyi, habis la waktu rehat. Terkenang betul bila tengok Lagenda Budak Setan. Kekadang aku tuang kelas, melepak sampai waktu rehat, lepas rehat baru masuk kelas. Keke...

Kelas aku ditingkat 3, mana ada lift. Naik tangga le. Kekadang satu hari kena ulang-alik pergi lab, berganda-ganda manjat tangga. Bestnya kelas tinggi-tinggi ni, cikgu selalu tak masuk. Tu yang memasing tumbuh tanduk.

Aku biasala, pantang takde cikgu aku pergi bersior. Mengurat anak teruna orang. Hahaha... sembang-sembang petang gitu.

~)@ Rindu la nak pakai baju sekolah. Huhu.

Rumah macam padang.

Friday, 26 November 2010

Salam satu Malaysia.

Hahaha... Jumaat wei esok dah cuti, kerja aku melambak-lambak, berganda-ganda banyaknya. Pening aku. Cuba juga handle dengan membuat jadual.

Sebab tu bila aku balik rumah aku memerlukan suasana yang tenang dan bersih. Bila melangkah masuk je tiada bau hanyir (sisa makanan tong sampah penuh), dan tidak porak peranda.

Apakan daya. Suami ku muda (pulak da) sama macam aku (perasa pulak) so masing-masing masih lagi mengadap komik, game xbox, kalau mengemas ikut mood. Time rajin bersih gila, time malas... tunggu la ada masa kang kemas. Haha.

Sudah lapang, kemas sekejap je.

Sejak cikOni pandai memanjat aku terpaksa membuat pemantauan, takat panjat almari TV, sofa, meja tea... takpe lagi, part dia panjat meja makan, huaaa aku memang sangat pantang. Aku tak suka dia 'mengemas' atas meja tu. Aku rasa macam kurang sopan bila dia berada atas meja.

Lepas aku snap pics ni, terus cikOni tarik kerusi tu rapat ke meja makan, dan...

Dan langkah keselamatan terpaksa di ambil, kerusi dilarikan dari meja. Dia sangat suka kalau ada sebuah kerusi hampir dengan meja makan, sekelip mata dia dah ada atasnya. Haih!

Tapi terror-terror cikOni pun, dua kali dah dia tergolek ditimpa kerusi. Macam biasa la, nangis sikit je, panjat balik semula.

~)@ Sebab tu dari dulu aku suka rumah lapang-lapang. Hihi...

Year-end performance review.

Thursday, 25 November 2010

Salam satu Malaysia.

Dah tiga kali aku isi borang ni.

Kali pertama isi, aku tak paham langsung bentuk dan gayanya. Banyak dibantu pnIzma dan enMizzi, borang nya pun pnIzma yang print-out kan. Kekonon aku busy sangatla kan? takde maknanya ok.

Mau taknya, kerja aku sebelum tidak cecah pun setahun, ada cecah pun ngam-ngam setahun aku dah beralih arah. Inila satu-satunya kerja yang paling lama aku bertahan.

Kali kedua, faham la sikit. Pun sama, pnIzma tolong print-outkan. Haha... aku memang pemalas. Review depan bos pun matang la, speaking sepatah dua kata jangan kan tidak.

Kali ketiga, semua kena buat sendiri. Huaaaaa... padan muka aku. Mujur dapat cikJeanne yang perihatin. Maklumla, department aku ni major lelaki. Jadi cikJeanne yang print-out kan tuk semua staff. Haha... best-best.

Dan bila masa berjumpa face to face with my bos, dia nak aku taip semuanya semula. Tak nak guna pen, huiyoo. Then terpaksa tunda kerana aku gigih menyiapkan segala mala report tertunggak.

Akhirnya bila tiba masanya, aku pun face to face dengan form semuanya berkomputer. Aku tak harap sangat gaji aku naik tinggi melambung-lambung, janji aku dah luahkan semua yang terpendam kat hati aku ni. Puas hati aku.

~)@ Aku masih begini tetapi kerja aku berganda lagi sedangkan gaji aku tidakla tinggi. Haih! cukup makan sudah.

Kuali free.

Wednesday, 24 November 2010

Salam satu Malaysia.

Tersebutlah kisah antara aku dan dia di satu hari yang betul-betul sunyi dan busan. Pening kepala aku memikir nak makan apa pada tengah hari tersebut.

Nak masak nasi berasnya kehabisan, masak lauk apatah lagi. Memang tiadala gamaknya.

MrABi kata petang baru keluar pergi beli barang dapur. Dekat je Carefour Bangsar South. Pampers, susu cikOni pun sama habis. Wah! bulan yang betul-betul kering.

Mundar mandir aku kat dapur, semua jenis biskut aku dah makan kasi perut kenyang, malangnya tetap nak juga makan lagi, ermmm... tiba-tiba mata ini terpandang mi megi, hoooraaay buat penyambung lapar. Jadila ada tiga bungkus.

Potong bawang merah, bawang putih, cili dan dua biji telur. Masakla megi di dalam bukan periuk tetapi kuali percuma dari Giant hasil daripada pengumpulan pelekat rm2.99 (kalau tak silap) untuk satu pelekat.

Yummm... yumm... nampak cam sedap gila...

Ini pun nak cerita, saja nak tayang kuali free. Lagipun, ini kali pertama aku masak megi guna kuali macam ni, selalu guna kuali gak tapi yang biasa tu, ada dua telinga.

Pernah tak terjadi bila semua barang dapur habis, peti ais jadi kosong gila. Hahaha... selalu je jadi kat aku, bila aku malas pergi pasar.

Lepas maghrib baru pergi bersior kat Carefour. Alaaa dekat je. Bukan jauh sangat. Sekelip mata peti ais penuh kembali.

~)@ Sesekali nak juga bermalas-malasan kan? Hihihi... yang baik je ikut. Yang tak baik jangan dibuat.


Cerita cuti: Kenduri kawen.

Tuesday, 23 November 2010

Salam satu Malaysia... ehem-ehem, lepas Monday blues. Eh? ada Tuesday blues kah? Haha... Jangan amalkan, kang satu kerja pun tak jalan.

Disebabkan planning mrABi pulang ke KL hari Sabtu, makanya hari Ahad dapatla kami menghadirkan diri ke rumah dua pengantin baru. Serentak hari yang sama.

Disebabkan mrABi dan cikOni yang tak bangun-bangun walaupun jam telah melewati 12pm makanya aku dengan rela hati masak untuk makan tengah hari. Sedang aku berdentum-dentum menumbuk cili untuk sambal kicap, mrABi bersuara.

'umi masak ke?'
'ho la... ngape?'
'kata nak pergi kenduri'
'habis tu, tak bangun-bangun, lagak macam taknak pergi je'
'siaplah, kita pergi sekejap' tetap tak bangun dari tilam.
'umi dah siap masak pun'

Sesi mengejut anak dara tu, memang tersangatla susah. Padahnya tak tidur malam, camtulah. Sudahnya mrABi yang kejut sehingga berjaya. Aku dah tak kuasa.

Nak menyampaikan rumah pengantin yang pertama, di Bandar Baru Bangi, dia sambung tidur lagi. Bila dah sampai tak reti diam. Terpaksa makan bergilir dengan mrABi.

Tercekik-cekik aku makan, sebab menengokkan cikOni yang macam orang tak cukup jalan. Tetengah panas terik, dia boleh ke hulu ke hilir, nak dipimpin tak mau, nak dukung dia nak turun, haish gila berjalan.
Selamat Pengantin Baru
kepada pasangan
Wani dan Redhuan

Ayah kepada Wani merupakan kawan aku, masa kat MiMOS Smart Computing (tempat aku praktikal) kiranya pangkat bapa kepada aku. Senior. Ingat pula dia untuk menjemput aku yang memang dah lama takde kena mengena ni.

Terperanjat dia tengok aku datang dengan sengih-sengih. Anak dia pun ingat kat aku, haha... adeiii malu ai.

Sekejapan aja, kepanasan tahap maksima. Terus ke Dewan Kajang, pengantin kedua, kawan mrABi. Aku rasa adik angkat dia kot, dok panggil Abg Wandi and akak Syasya sampai cikOni pun dia kenal. Mesti la sentiasa keep in touch ngan mrABi kan?

Selamat Pengantin Baru
kepada pasangan
Shara dan Sharizal

mrABi yang mengikut kehendak cikOni.

cikOni yang serabut. macam cikOni lebih besar dari aku je. adeiii!

Tak makan pun sebab dah kenyang, melayan cikOni berjalan satu dewan. Balik, singgah rumah kakDila, bila sepupu berjumpa. haih! haru rumah kakDila sekejap.

Hujung-hujung tahun ni ramai yang naik pelamin. Bulan depan lagilaaa... pasti bersusun.

~)@ Nak pakai baju apa bergi kenduri ni, semua baju dah dipakai. Adeiii!


Selamat kembali bertugas.

Monday, 22 November 2010

Salam satu Malaysia, wiii selamat kembali bertugas. Tarik nafas... lepas. Tarik nafas... lepas.

Hambek, penangan lama sangat bercuti, memulun cuti habis-habisan. Tercari-cari kerja terakhir yang telah ditinggalkan. Huahaha... padan muka ai.

Well, Raya Haji tidakla semeriah Raya Aidilfitri, macam mana pun tetap ada lauk favourite, ayam masak merah mama kegemaranku. Dan tetap juga aku mengenakan baju kurung baru. Melaram sakan.

Ayam masak merah, rendang daging, lodeh, ketupat tetap habis kerana keluarga aku masih lagi mengamalkan bertukar-tukar juadah. Seronok sekiranya dapat tetangga yang sporting morting kan.

jom ikut Oni pusing rumah tokMama.
Baru belajar pakai siper jepun sebenarnya. jakun.

Sepanjang raya aku duduk rumah aje, bila lagi nak berulit dengan rumah tempat membesar lama-lama, (iya-iya je, padahal duduk asrama) aku membantai tidur sepenuh hati. Muahaha...

Hari berikutnya pun sama, melingkar ala-ala terkena serangan jag-leg, kuikuikui... cikOni lagila bergembira ria bila ada orang layan dia main, celik mata je tokPapa bawak jalan, celik mata je tokMama bawak jalan, celik mata je mrABi bawak jalan, celik mata je pakSu Is bawak naik motor. Sonang hati aku.

Amek angin petang...Align Center

Malamnya papa ajak makan kat luar, orang masih cuti raya gaknya makanya kesemua kedai favourite tidak buka, akhirnya mcD menjadi pilihan. Raya-raya makan mcD. kehkehkeh!

Hari berikutnya... Jumaat. Seharian kat Bandar Kota Tinggi. Amek laptop papa, pergi baiki kereta papa then balik rumah melepak kat rumah kawan mama, balik rumah lagi, papa ajak pergi Bukit Besar. Huahaha... berjalan sakan weih!

Align CenterBukan angin petang ye,tapiii tengah hari tegak...

Berjalan banyak pun, cikOni still tak penat-penat. Aku pun tak tau la apa rahsia dia pakai. 10 ribu langkah sehari, aku rasa cikOni la yang mencapai target. Aku yang menengoknya naik letih, dia still... selamba aja. haish!

Bangun juga masak jam 2 dan 3 pagi. Adeiii... teror sungguh.

Sabtu, seawal pagi dah bertolak balik KL untuk mengelakkan merempuh hujan di sebelah petang. Habis sudah waktu cutiku di kampung, and now sesi mengorek semula kerja terakhir yang ditinggalkan. Ayakkk...

~)@ Berkorban cuti untuk memiliki masa cuti yang berkualiti. Yeay! aku sukaaa...

Salam Aidiladha.

Tuesday, 16 November 2010

Wiii, salam satu Malaysia, haaa dah petang-petang ni, semua dah tak fokus ye. Sabar-sabar, sikit jam je lagi.

Aku pun dah over excited, malam ni bertolak balik Johor, suka-suka.

Jadi, kepada semua yang telah tersesat membaca entry ini, aku mengucapkan (ceh macam pengisytiharan pulek)

SALAM AiDiLADHA - 1431
"semoga kalian sentiasa dirahmati dan diberkati di sepanjang cuti hari raya haji ini.
jangan lupa diri ya, dan berhati-hati di setiap langkah, malang tidak berbau.
kita jumpa hari Isnin nanti."

~)@ Sedapnya sup cendawan, ohhh...

Gift daripada Eija.

Salam satu Malaysia. Ya, aku tau semua orang mood dah ke laut. Sok raya kan? Baju, rumah semua belum siap berkemas, malam ni dah nak balik kampung.

So sebelum aku terlupa, last week aku dapat gift dari Eija aka sweetmama, sungguh tidak kusangka, gift terbang dari seberang, Padang Indonesia. Walau kaki ku tidak jejak ke sana, akan tetapi sweetmama tatap ingat akan diriku.

Aku cuma nak pisang sale je, tu pun kirim. Nak ku bagi duit, katanya nanti la dulu. Takut tak dapat cari. Aku pun taknak la susahkan dia, orang nak pergi bercuti, sibuk pula kita mengirim.


Jadi, dengan baik budinya, seikhlas hatinya. Dia memberi aku pisang sale dan fridge magnet. Benda free, takkan la nak tolak kan, nak pulangkan balik pun rasa malas. Hihihi... TERiMA KASiH Eija, kita sukaaa...

Dikesempatan ini juga, aku mengucapkan:

SELAMAT HARi RAYA AiDiLADHA
kepada
Semua yang tersesat di rumah hijau ini. Semoga kalian tidak makan daging banyak-banyak, kang mudharat pula.
Jangan lupa diri ya, kita jumpa naik cuti nanti.

~)@ Cuti dah approved. Yeay, mesti UV aku jatuh merudum ni, oit. Lari topik dah tu, berkorban la sikit :p

Gift daripada Ain.

Monday, 15 November 2010

Salam satu Malaysia, haaa buat apa tu? cheer-cheer, sok lusa nak raya dah.

Baju raya dah prepare? huhu, baju raya aku 3 pasang smua dah siap. Miahaha bayar je belum. Oni punya ada sepasang. Wiii...

frame gambar berangkai dan getah rambut bersama sampah sarap. hehe...

Rabu minggu lepas, ada orang bagi hadiah kat aku, hehehe. Aku dah tau aku dapat hadiah tu, tapi empunya blog tak bagi tau apa hadiah yang akan diberinya, surprise katanya.

[Full entry] tentang gift ni.
Salam Ain,
Teruja, terharu bila ain tempek gambar akak kat blog. Akak komen blog Ain bukan sebab cenderahati ni ye, sebab akak memang suka kongsi pengalaman akak dengan Ain, bila ada entry Ain, cerita Ain lebih kurang dengan cerita akak, sebab akak pernah melalui zaman kehidupan macam Ain juga. Jadi, tak salah dan tak kisah rasanya akak berkongsi.
Ain reply:
Wsalam dear,
ain memang ikhlas nak bagi cndrahati ni utk akak sbagai pengomen tegar...heppy bila baca komen2 akak..
yupppp lbh kurang sama..so, apa2 story boleh rujuk akk dulu kan ;P..
ada rezeki boleh bsua muka plak..tak jauh pun kita ni kak..hehe
harap akak sudi terima pemberian ain yang tak seberapa ni yea..
Tiada kata nak ucap melainkan sebaik-baik perkataan TERiMA KASiH, sesungguhnya inila penghargaan yang bermakna buat diri aku.

~)@ Aku takde adik perempuan, bila ada yang lebih muda dari aku mengaku aku ini sebagai kakak sendiri, oh... aku sungguh terharuuu.

Mimpi itu indah, tapiii...

Friday, 12 November 2010

Salam satu Malaysia, yeay esok cuti, lusa cuti, tulat cuti, tunggeng MC, lepas tu MC lagi, lepas tu holiday celebrating Hari Raya Korban. Banyaklaaa hari nak cuti!!! jangan berangan ok.

Cuti aku sudah approved, wiii... ok shoot, masuk entry sebenar.

Dah lama aku dok mengintai seorang jejaka ni, untungnya badan kalau dapat berborak dengan dia macam orang lain, tapiii aku segan sememangnya aku syok sendiri. Huuu... bila dia jalan depan aku aku jeling, bila dia gelak kuat-kuat aku gelak pelan-pelan, sebab... dia tak banyak cakap tapiii kalau dia gelak, kelakar. Bila berselisih dengan dia aku tunduk pandang lantai, dia pun sama jugak, haish!!!

Satu hari, dia datang ke meja aku lalu... kedengaran la irama lagu cinta 7 days by Craig David...

Cait!!! potong stim betulla... benci-benci, kenapa la time ni jam loceng ni nak bunyi. Huaaa... mimpi indah itu tiada kesudahan. Berkecai-kecai hilang tanpa bayang. Sedih betul. Dan bermula la episod realiti kehidupan.

Wakaka... ampun-ampun. Itu hanya mimpi, toksahla berandaian yang bukan-bukan.

So, itula irama jam loceng aku, snooze 4000 kali pun, lagu tu juga. Tukarla berjenis-jenis handphone pun itu jugala iramanya. Nostalgia lagu tu, sebab itu lagu kegemaran my bestie Zila aka cikAQies.

Craig David kejut aku bangun tido. Suka dengar susunan irama dan melodinya. Lain dari yang lain. Bila dia nyanyi je, teringat masa bujang dahulu. Celik mata tengok-tengok, Zila dok share sebantal dengan aku, celik-celik mata tengok, bantal peluk biru aku celah kaki dia, bantal pink dia tah mana-mana pergi. Kadang-kadang sampai tahap tertukar tempat tidur.

Kalau masa sekolah dulu, papa ajar tepuk bantal. Terlebih dahulu baca pendinding, Surah Al-Fatihah, Surah 4 kul, Ayat Qursi dengan doa tido. Kalau nak bangun pukul 6, tepuk bantal 6 kali. Zaman aku takde handphone. Duduk asrama.

Sumber google: http://lolalempicka.blogspot.com

Ada sorang kawan, jam loceng bunyi azan. Aku ni jenis cepat terjaga, kalau tidur biasa-biasa. So jam 3 pagi bunyi azan, apa jadahnya. Suspen jap. Rupanya jam loceng, untuk study waktu pagi. Huhu. Haru.

Zaman dulu punya jam lagila kan? semuanya besi, gila bingit kalau bunyi. Jamnya kecil aja, bunyiknyaaa... itu pun ada yang tak bangunkan? haha.

Sejak jadi mak ni, sejak dah berkerja, dah berdikari jam loceng dan aku memang tak dapat dipisahkan.

~)@ Takde jam loceng yang betul-betul jam kat rumah aku ni.

Rasa macam terpaksa.

Thursday, 11 November 2010

Salam satu Malaysia. Weee, sudah Khamis sok Jumaat then cuti...

Terlebih dahulu nak ucapkan:

Selamat Ulangtahun KELAHiRAN kepada ABG SHAiZHAR
= semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik dan rezeki yg berlipat ganda, boleh merasa sama =
dikau sentiasa menjadi sumber inspirasiku, yezzaaa.

Errr... aku ni, seorang yang cepat kesiankan orang, lagi-lagi dah lepas bersalin ni lagi la cepat je tersentuh.

Nak ikut (follow) ke tak ya? Sebenarnya aku agak keliru dengan fungsi butang follow ni, siapa boleh bantu aku menerangkannya dengan details?

Sebab bagi aku fungsi butang follow ni merupakan list blog yang aku suka. Tanda aku akan datang blog itu sekiranya update atau untuk mendapatkan sebarang info.

Serius, bila aku dah tekan butang follow, aku memang tak mengharapkan langsung empunya blog tersebut memfollow aku, terpulang kepada dia. Kerana aku percaya, jika kita berbuat baik kepada seseorang, orang akan membalasnya.

Aku juga tak sampai hati nak suruh orang follow rumah aku yang jauh nun di pinggir hutan ni, terpulangla kepada orang yang tersesat sampai ke rumah ku ini. Kerana, rumah ku ini hanya dipenuhi dengan catatan harian yang kadang-kadang orang kata 'ala... itu pun nak cerita?' tidak seberapa.

'Saya dah follow awak, jom follow saya' eh? ni yang aku tak reti nak jawab ni. Terasa kena paksa ni... Adeh!

Jangan lupa ya, setiap orang mempunyai cara sendiri untuk menarik minat orang lain datang ke blog sendiri. Bagaimana persepsi orang di luar sana tentang follower, terpulangla kepada diri masing-masing.

Kalau contest or GA tu, takde kena mengena ngan entry ya. Sebab tahu, contest or GA tujuan utamanya untuk mencari kenalan, untuk menambah sahabat. Maksud lain? hehehe, boleh fikir sendirikan?

Ini hanya pandangan aku sahaja, jangan pula ada terasa, jika terasa juga, telekla apa yang tidak kena.

~)@ Happy blogging, bila la aku nak buat GA ni... huaaa...

Selamat datang ke rumah baru.

Wednesday, 10 November 2010

Salam satu Malaysia, 10.11.10 - cun tarikh ni. eh! nak pergi mana tu? betulla ni masih bloghijau di pinggir hutan tu.

Penat kutip bunga nak tampal kat header tu, sudah la kamu cha. Interprame, bukan semua kamu serah pada tangan seni WhiteyMommy tu ke?

Hehehe, blushing-blushing.

Ala-ala wordpress tak? memang la tak sama tapiii ni version WhiteyMommy, aku rasa inilah template yang akan kekal lekat. Ermmm... mungkin tidak! hahaha...

Eeee aku suka la, simple as the simple life temanya. Hidup happy-happy jangan moody-moody, blogging happy-happy jangan dengki-dengki.

Ok dah-dah jangan nak lelebih, yang berkenan tu p la jengah WhiteyMommy, laptop dia dah laju, complete kriteria, complete draf lagi cepat progressnya.

Terima kasih sha... mmuah! bau ikan. Hihi!

~)@ Daun sana, daun sini, rindu sana datang sini ;) ini warna tema pelamin patutnya, tapiii tak dapat... di sini akhirnya.


Tak tahan la macam ni.

Tuesday, 9 November 2010

Salam satu Malaysia.

Pagi ni mata aku bengkak, jadi beruang panda. Rasa bagai di gam-gam. Macam mana aku nak buat lagi aku tak tahula.

Aku perhatikan, dah dua minggu macam ni. Susahla kalau hari-hari pun macam ni, aduhaiii anakku.

Anakku stunt-woman.

Dia punya kegembiraan dapat bermain antara jam 2 hingga 5 pagi amat berbeza dengan waktu-waktu siang. Dia hanya seorang bermain, masuk keluar kotak mainan, panjat turun sofa, on off on off remote TV dan astro, berlari masuk keluar bilik, berlari keliling meja, merangkak naik turun tilam.

Waktu itu, bagaikan waktu siangnya, waktu dia bermain. Mata segar, berpeluh-peluh masam, bergelak, menjerit, membebel, macam mana aku nak tidur lena?

Dah letih baru la dia lelap, wawawa bakal bergaji 5 angka ke anakku ini, berjaga waktu malam?

Macam mana aku nak bagi dia letih waktu siang? biasala kan, kalau dah lelap pukul 5 6 pagi, memang harapanla dia nak buka mata waktu siangnya. Aku tak nak bagi dia tidur waktu siang? mahu dia mengamuk mengantuk.

kakSarah, kakYanti, kakNani, kakIzan minta bantuan, minta bantuan. Hihihi!

~)@ Aku tak mahu jadi beruang panda. Huaaa...

Papan kenyataan.

Monday, 8 November 2010

Salam satu Malaysia ;) sihat ke? maklumla, cuti Deepavali sama-sama beraya juga. Makan maruku banyak.

Hari cuti blog aku pun cuti, bukan apa aku habiskan masa dengan membelek blog cikOni, dengan blogwalking. Serius, aku bosan gila. mrABi tak bawak pergi jalan. Kitorang pergi pasar malam dua hari berturut-turut.

So tiadala cerita menarik melainkan yang biasa-biasa aja.

Sejak PA baru, Jeanne ambil alih tampuk pemerintahan, papan penyataan yang tergantung di dinding menjadi penuh warna-warni. Bagus, dia menjalankan tugas dengan sebaiknya. Cakap je apa permasalahan yang bersangkut paut dengan kerja, gerenti. Anda mendapat layanan 1st class.

Bukan itu yang aku nak cerita, akan tetapi dengan rasa bestnya, gambar aku masa annual-dinner tempoh hari sudah terpampang di situ buat julung-julung kalinya.

Makcik dah start gila glamour lak ni, hihihi. Sekali sekala.

Selama ini, hanya memendam perasaan aje la tengok gambar diorang lekat kat situ, gambar bos pun di situ dan akhirnya gambar makcik juga sudah naik di situ. Weee... suka-suka.

Gambar aku bersama dengan pemenang pakaian terbaik pada malam tersebut, Chua Kim Fai. Satu department dengan makcik. Kami datang secara bersama dengan tidak sengaja.

Menunjukkan sangat gembira pada malam tersebut. Ada iras kakak ngan adik tak? kakAtie, nama anak dia sama dengan cikOni ;)

Makcik menang moto, eh? eh?

Muda tak? Remaja tak? percayala kakJie pregnant 5 bulan anak nombor 7.

~)@ Kesimpulannya, tak sumbang pun bila menjadi sebahagian keluarga kaum lain ni, berkerja di bawah satu bumbung yang sama. Diorang sangat pedulikan kita yang butuh pertolongan. Kitakan satu Malaysia.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in