Friday, 29 October 2010
Salam satu Malaysia. Sejuk ya, hujan ya, hari Jumaat, mesti mata berat nak buka kan? sabar-sabar.Hari ni aku halfday, nak balik cepat la nanti sempat tuk ganti tidur gara-gara melayan orang memasak awal pagi tadi. Siapa lagi, cikOni laaa.
Elok je dia bangun, guleng sana, guleng sini, kejap kepala atas badan mrABi, kejap kaki atas kepala aku, kejap melintang, kejap menegak, sudahnya aku mengalah juga, bangun buat susu.
Dah setel, aku cepat-cepat tinggalkan dia kat dapur, terjumpa pulak dia akan sudu yang terpelanting masa aku guna sebelumnya. Aku pun dah lupa dengan sudu tu.
Senyap lagi, aku dok tunggu atas tilam, sekali terdengarkan sudu berlaga periuk. Tak payah la teka, memang dia la yang masak tu. Ayooo... memang lambat la nak tidur semula lepas ni.
Kelentang kelentung atas tilam, siap bunyi 'ammm...' dia merasa masakkan dia. Nak terburai ketawa aku, bijak memang bijak. Aku masak pun tak pernah rasa macam tu. Bising jangan dikatala. Mata aku dah tak larat nak buka, cepat je aku pekup telinga. Lepas tu aku hanyut.
Susu dia aku letak siap-siap tempat biasa, pandai la dia cari sendiri.
Bila aku bangun je pagi tadi, dia dah berselimut, botol susu dah kosong, segala periuk sudu mangkuk dah naik atas sofa. Mungkin mrABi yang kemaskan.
Aduhaiii... anakku.
~)@ Malam ni aku ada dinner, cikOni tinggal dengan pengasuh, hopefully aku tak berapa nak ingat kat dia sangatla, kang tak lalu nak makan pulak.
