Hari sibuk dalam setahun.

Monday, 31 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


daripada Adli, Auni, Arrizqi dan...


super cute mummy vouge de vas [sila muntah] ...


Nota hijau: Abi punya birthday, emak dapat handbag baru, kasut baru, baju baru, terima kasih Abi... ehehehe! Planning hendak buat kek sendiri, tengok apa yang jadi nanti. bahahahaa...

Tenaga.

Friday, 28 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lap peluh, lunjur kaki, tarik nafas. Bak kata kakNad, bukan senang hendak menjaga tiga askar.

Setakat ni baru dua yang harus di training. Pening... Sampai satu tahap berasap kepala menahan marah. Marah pun camtu gak, mata terkebil-kebil, berdiri statik. Sabar je lah.

Letih tengok dua orang ni yang tidak letih-letih, tenaga tu sentiasa bercas. Ada saja projek-projek baik punya. Isklaaa...

Cool emak cool. Take a deep breath... Fuuuhhh! Auni, Adli share tenaga boleh? Sedikit jadilah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Berdikari.

Thursday, 27 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila aku tengok Arrizqi, rasa kasih dan kagum membuak-buak. Walaupun dia kecil, masih belum tahu apa-apa, masih baru dengan dunia ini namun aku sangat tabik dengan perjuangan dia. He is survive. Mengimbau detik adanya dia, atau lebih tepat lagi ter'ada' dalam rahim, dia kuat sama seperti kakak Auni melawan jaundis dengan berat 1.8kg.

Sebaik habis pantangkan Adli, Arrizqi merasa kacip fatimah dalam Cocoa Collagen Power Plus. Merasa betapa sempit rumahnya gara aku berbengkung Premium Beautiful. Namun, keazaman dia untuk bersama keluarganya amat tinggi, syukur keadaannya sihat sehingga aku sedar mengandung pada usia 27minggu. 

Abi tidak sama-sama menemani aku pergi check-up, dia hanya menghantar dan mengambil sahaja. Daripada Adli lagi sudah biasa begitu. Minggu 34 baru buat buku pink di Klinik Kesihatan Sg. Buloh. Baru sekali pergi sendiri, membuat pemeriksaan rutin bagai, Arrizqi lahir pada minggu 36 di Johor.

Pun sama, abi sibuk berkursus Arrizqi survive untuk keluar melihat dunia. Terima kasih Arrizqi sebab tidak susahkan emak sewaktu lahir walaupun bertukar hospital, naik ambulan yang pada emak ianya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Arrizqi terus membesar dengan kuat melawan jaundis yang turun naik-turun naik, daripada directfeeding bertukar susu perah dalam botol. Kagum, Arrizqi sangat berdikari dan ambil langkah tidak ada hal. Entah berapa kali di tindih abang Adli, namun you are strong cute litle boy. Daripada muka dan badan beruam susu, terus pasrah dengan apa yang emak bubuh di muka, kini menjadi seorang yang bermuka sangat comel dan berseri-seri. 

Arrizqi si manja.

 Arrizqi menggebu sehingga 4.7kg.

Arrizqi independant.

Dua bulan sudah berlalu, yang remeh dan rumit sudah kita tinggalkan meskipun umi masih lagi berdikari memandu sendiri ke klinik untuk pemeriksaan Arrizqi yang ke dua bulan. Syukur, semuanya selamat meskipun umi sedikit sedih sebab abi tidak terlibat dengan pemeriksaan Arrizqi melainkan semasa dilahirkan. Situasi itu sama sahaja dengan abang Adli. Proud untuk hero-hero umi.

Terima kasih lagi sekali sebab sangat behave dan hanya tidur sahaja semasa menanti giliran untuk cucuk dan pemeriksaan. Agaknya apa yang ada dalam fikiran orang lain bila tengok aku gamble seorang diri handle seorang bayi. Lagi-lagi bila penunggang motor memperlahankan motor sebaik sahaja berselisih dengan aku yang memandu kereta mini abi bersama seorang bayi. Muahahaaa. Agaknya lagi, apa reaksi dorang bila tahu ini bukan anak pertama aku. Eheks! 

Nota hijau: Syukur pada Allah.

Terjebak.

Friday, 21 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jadual tidur aku? hahaa, tidur je mana-mana tempat asalkan boleh. Semasa memandu sendiri semalam pun aku rasa mengantuk gila, bahkan semasa menunggu giliran untuk cucuk Arrizqi pun aku terlelap sama dengan dia, atas kerusi. Mujurnya, orang ramai sentiasa silih berganti duduk di sebelah membuatkan tidur aku menjadi tidur-tidur ayam aja. Sedikit terganggu. 

Rehat? mana ada istilah rehat, tidur lena, ada orang layan urut-urutkan badan, ada tidak Auni je la jadi mangsa untuk disuruh tumbuk-tumbuk tulang belikat yang lenguh atau pun Adli untuk memijak belakang bagi lega sedikit. Paling-paling, masa rehat aku ialah shopping online. Muahahahaaa... Itu aku nak cerita sebenarnya. Ngeng!

Minggu ini, walaupun badan aku penat gila sebab abi outstation selama tiga hari, walaupun abi kerja sepanjang hari setiap hari but bila barang yang dibeli sampai di tangan, wow! teruja gila. Hilang semua rasa penat. Uish! usha barang online adalah terapi best malangnya aku kena berpada-pada, duit tu daripada abi, nak minta, aku ialah seorang yang sangat pemalu, :p

Sumber daripada page IZ Fahionista. Facebook.

Peplum, aku pun berangan hendak pakai tidak sedar diri anak sudah tiga. Perasan comel dan langsing bagaikan retis korea, argh! peduli, beli-beli. Kali kedua selepas dress ini daripada IZ Fashionista. RoseCutton Peplum, aku baru test memakainya dan aku rasa hendak beli lagi. Waaaa...(nangis) tapi-tapi, aku rasa hendak beli beg tangan macam Ain Hawani [Adam & Hawa] wuhuuu. Agak-agak sajak tak mak anak tiga ni nak melaram macam anak dara. Adeih! sedar diri Syasya, hendak masuk 3 siri sudah. Erk!

Haaa muat pun.

Itu sudah satu hal, satu hal yang lain ialah online juga beli wallet. Ke panggil dompet? Mana-mana je la kan. Lama sudah aku mencari satu beg, dompet, wallet yang boleh memuatkan kad pengenalan aku bersama tiga keping mykid sekali dengan plastik covernya. Jumpa pun, yeah! aku suka buat masa sekarang. Esok lusa sudah lusuh cari lain. Hahaaa. Beli, tidak cukup duit minta RM20 kat abi, abi bagi 5 kali ganda. Hah! apo laie, makcik kayo la. Tu yang terrr peplum tu.

Marila cuci mata di LoveBag LoveBag: An Online Fashion Bag Store. Anda akan dilayan sebaiknya. Sebabkan, aku booking sudah terlebih hari tapi dia tetap bertanyakan sama ada aku masih hendak atau tidak  barang yang aku order tu. Akhirnya, aku dapat.

Lagi, ini pun minta jasa abi bayarkan. Bahahaaa. Kejam punya bini. Tupperware as always. Sudah hampir kehijauan suasana dapur rumah. Suami dan anak-anakku, sila jangan bosan dengan warna hijau ini ya. Ini tempat emak berkubang hari-hari. Ngeee...

RM 480, inilah hasilnya. Meriah. 

Siapa kata surirumah tidak sempat shopping. Hahaaa, boleh je kalau mahu. Now, aku sibuk buat dairi tahun depan punya, ye buat sendiri ja, modified dairi tahun lepas. Banyak lagi kosongnya. Hijau juga. Teng-teng-teng-teng.

Nota hijau: Hijau saja-saja.

Teruja yang over.

Tuesday, 18 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku ialah seorang yang kurang pandai memasak. Mengakui kali pertama berdepan dengan kuali, sudip dan dapur selepas berkahwin adalah sesuatu yang sangat nerves. Bahahaaa... hidup aku sebelum berkahwin hanya di asrama. Walaupun berjauhan dengan ahli keluarga, hidup berdikari cuci baju belajar sendiri tiba part makan hanya beratur sambil memegang  tray. Senduk nasi dan tadah sahaja tray sebab sudah sedia si tukang senduk.

Makan dengan kawan-kawan, duduk semeja panjang. Baik masa sekolah mahupun masuk belajar, sama sahaja. Sentuh bahagian menu, pun sama sahaja antara sekolah dan belajar sebab ikut piawaian pemakanan untuk di asrama. Menu sedap penuh dewan makan, menu tidak sedap banyaklah yang terbuang. Apapun, aku bedal sahaja. Daripada asrama jugala aku dapat gelaran-gelaran lauk pauk, ikan jaketla, sayur selimutlah, dan paling aku ingat sekali bila makan ramai-ramai bertukar-tukar lauk.

Hahaa, ya la yang sorang tak makan ikan, yang sorang tak makan telur, yang sorang tak makan kacang, jadi saling bertingkah tangan bertukar lauk. Tidak kisah geli atau tidak, jangan membazir. Ada seorang kawan aku suka makan kepala ikan. Habis dalam tray orang lain hanya tinggal tulang dan ekor ikan sahaja dia punya fasal. Norsham Shafinaz i remembered you.

Jadi, duduk asrama tidaklah aku masuk dapur untuk sibuk memasak, bila duduk membujang dengan kawan-kawan zaman bekerja, memang aku adalah manusia paling susah untuk masuk dapur memasak. Aku dengan sorang member, Norrulazura suka buat muka innocent pada Yasturainee Izma, seorang yang rajin masuk dapur. Nasi goreng beliau sering sahaja mengganggu kepala otak, memang teringat habis. Bagai dipukau-pukau bau tumisan, walaupun perencahnya asal daripada paket Adabi. Ater sudah nama pemalaskan. Miahahaaa.

Seorang lagi yang rajin ialah Zila, Puteri Amna Balqis. Hohooo, dia sangat cekap dan kak Azi jadi tukang bagi resipi atau pun perasa. Hiii, tang tu aku voluntier masak nasi dengan buat air ja. Hiks! So memang tidak masak lagikan.

Arakian cerita bila sudah bernikah, hendak dan tidak kena juga masuk dapur menyediakan hidangan pagi, tengahari, petang, malam. Ditambah dapat seorang suami yang tidak suka makan di luar. Kisah dalam drama pun bermula, gigih bertanya resipi daripada mama, bila dah malu google search. Bahahaaa. Senang ja kisah hidup aku ni kan. Sejak, bergelar surirumah rasanya setakat ni memang belum gagal untuk masak makan tengah hari. Malam tiada hal sangat sebab abi tiada.

Bisa main guli.

Dulu, aku guna dapur gas biasa je, ada dua tungku, bila pindah hilang satu bahagian api kecil pada salah satu tungku jadi memasak dengan hanya satu tunku sepanjang 4 tahun berkahwin. Memang tidak masak sangatla sebab aku bekerja, letih. Order sahaja mamak depan rumah.

Bila masuk rumah sendiri, hah menjawab. Menggagau nak menggunakan dapur sedikit canggih [bagi aku la, jakun], buka api guna pistol. Adoilah, rasa macam tak selamat ja. Sudah seminggu aku memasak, guna dua tungku, bestla improve abi masuk dapur, on kan button-button untuk sedut asap keluar. Huh! aku ingat rumah orang putih je ada cerobong asap. Gila makcik jakun cik Jah oi! Jadi, setelah hampir hendak sebulan aku sudah mahir dengan dapur dan menjadi tempat paling aku suka. Ngehehe...Peti ais yang dulu kontang lengang je, kini sudah sarat dengan segala macam bahan, ye ke? kalau aku yang pergi pasarlah. Hiii...

 Dalam kuali ada telur dadar, sempat lagi.

 Dulu, aku pandang pun tidak. Sekarang, aku gunanya. Adeih!

Selain ada ruang peti sejuk, ada juga ruang mesin basuh 10kg ni, mujurla muat dek non.

Aku sudah order set mangkuk dan tempat letak air warna hijau untuk atas para bersama barang elektrik lain, miahahaa. Akan hijaula dapurku nanti.

Nota hijau: Terima kasih Allah. Syukur.

Aduhai abang Adli!

Monday, 17 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anak kedua, tidak banyak hal sangat. Antara tiga, Adli paling senang. Main sendiri, makan senang, minum susu sendiri, kurang menangis, tidur ikut jadual. Pokoknya, sik da masalah sangat menjaganya daripada lahir sehingga boleh memanjat dengan sendirinya.


Tapi tu la, jika sudah namanya anak-anak, perkembangannya juga sama. Tanpa mengetahui bagaimana si kakak buat, Adli juga punya rasa ingin tahu, punya rasa seronok untuk mengeksplore seluruh isi rumah. Yeah! sama juga, rajin mengemas. Usah salah faham pula, istilah mengemas bagi seorang kanak-kanak berusia satu tahun dua bulan. Hrmmm... 

Seronoknya, buat masa ini Adli ialah anak emak. Celik sahaja mata, memang aku yang dicarinya. Dengan muka selebet sambil mengheret bantal busuk. Adeh! muka memang ensem, muka memang selamba, muka memang minta untuk kiss tapi ada bantal busuk pula. Parah, bila bantal hilang atau tertinggal, susah gila mata dia nak lelap. Rasanya, bantal tu sudah menjadi peneman dia pula.

Bantal busuk angry bird.

Syukurnya, kakak tidak rebut pula bantal tersebut, memang kakak tahu bila Adli mengamuk, dia offer diri carikan bantal busuk untuk Adli. Teringat pula aku bawa bantal busuk sampai malam pertama. Bahahaaa... sampailah ke generasi Arrizqi bantal busuk tu pun arwah. Punah sebab aku sendiri kisar dalam mesin pencuci pakaian. Terkeluar semua isi.


Ok Mr Adli, bagi laluan pada orang yang hendak menonton tv ye, awak tu menghadang tv penuh satu skrin. Zaman sekarang ni, payah nak jumpa almari tinggi macam di rumah lama. Jumpa pun memang jadi bahan mainan ajalah.

Kakak Auni.

Nota hijau: Akan ada satu generasi lagi untuk mewarisi kakak Auni. Fuh!

Semakin sibuk.

Friday, 14 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entah bila dia hendak bersama kami, kami tidak tahu. Berikutan, dia hanya sibuk dengan ruang lingkup kerjanya. Berbaloi rasanya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga, mengasuh, membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri.

Kadang-kadang aku jadi kasihan sangat dengan dia, pergi pagi baliknya tengah malam, baliknya disambut dengan dengkuran anak bini, bila dia celik mata untuk keluar bekerja pun anak bini masih lagi berdengkur. Kejam betul bini tu kan? hiks, nak buat guane, waktu aku mula bekerja jam 8.30pagi. Aku masuk tidur jam 1 atau 2 pagi, sebelum anak-anak bangun hendak menyusu ikut turn. Jadi, istilah tidur untuk sihat selama 6-7jam tu memang tidak adalah.

Sejak ada Adli, kita tidak pergi mana-mana pun untuk bercuti, walhal masa ada Auni bercuti sakan sehingga ke Langkawi nun. Bila aku tanya takde cuti ke? dia tanya aku balik, kenapa? Bila aku suarakan orang lain sudah bercuti sampai ke luar negara, kita tidak pergi mana-mana ke? dia diam-diam sahaja. Bila aku kata, banyak sangat ke kes setiap kali yang pergi bertugas orang yang sama je, orang lain buat apa? Jawapan dia, habis kalau dah masing-masing masuk dan balik kerja ikut time, tidak boleh lambat sampai ke rumah, siapa lagi hendak buat kerja. Hrrrmmm... jawapan tu buat aku pula diam berfikir. Habis, dia tidak tahu ke aku pun mengomel setiap hari dek kerana dia balik lambat dan tidak bawa kita ke mana-mana. Tidak adil.

Aku anggap je, memang dia sibuk bekerja. Menjaga amanah negara bukan sesuatu yang enteng, janji keperluan anak bini tidak terabai, tetapi hati aku jadi sakit bila tengok wall FB aku penuh dengan gambar-gambar kawan pergi bercuti, tidak kiralah dalam atau luar Malaysia.

Hati aku jadi sedih bila, hari-hari Auni mengeluh, mencari dan menanya "mana abi?", "Auni rindu abi". Lagi-lagi bila dia tengok gambar dia bermain di taman satu tika dulu "Auni suka taman, Auni nak main" Adeih.. Hati aku jadi pilu bila hari-hari terpaksa memujuk Auni dengan kata-kata manis, hati aku jadi sebak bila tengok dia dengan Adli saling melindungi barang-barang milik dia. Betapa, dorang sayangkan abi dorang. Sobs!!!

Hendak di macam manakan, itu adalah pengorbanan. Makanya, tindakan aku menjadi suri di rumah memang tidak salah dan tindakan bijak. Aku hanya ada Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer sama seperti dia, orang kata tangga gajinya sudah berangka-angka sedangkan aku memilih untuk berada di segenap ceruk ruang rumah. Bagi aku melepaskan tangga gaji yang aku idamkan, apatah lagi memiliki tempat duduk sendiri, komputer sendiri, meja sendiri adalah sesuatu yang perit tetapi bila tengok anak-anak membesar day by day, aku jadi seronok. Dan, aku harap akan ada satu SOHO di rumah ini untuk aku berkubang ;)

Walaupun dia sibuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia, walaupun kadang-kadang pekerjaannya diperlekeh, walaupun setiap kali aku berpesan barang dan tidak singgah kedai aku tetap sayang padanya, walaupun dia tidak seperti suami-suami yang menunjukkan kasih sayang cinta dengan bunga, coklat, pergi bercuti, aku tetap memilihnya. Walaupun sudah tiga kali bersalin, dia tidak ada disisi aku tetap sayang dirinya, sebab dia ada cara sendiri yang lebih ikhlas untuk menyayangi dan mencintai aku. 

Ok, dah jiwang sangat ni. Hahaaa. Sebenarnya, aku nak nyatakan aku ingin hendak pergi bercuti ke Sarawak. Muahahaaa. Kenapa Sarawak? tah!

Penang, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
Tiba-tiba ada gambar family, hahaaa... kenangan.

Nota hijau: Dia sibuk cari rezeki, aku sibuk uruskan rumah [ye ke], anak-anak dan diri sendiri. Nak shopping online, bagi lebih sikit boleh? hahaaa.

Auni lagi.

Wednesday, 12 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 121212 - date yang vouge de vas.

Pening aku mengadap kerenah minah ni, melayan dia bagaikan seorang kawan. She is friendly like her mummy, ye ke? tah...

But, dia memang seorang yang perangai gila-gila. Bila datang mood vengong dia, ada sahaja benda-benda aneh yang dibuatnya, sampai satu part aku memang tak mampu untuk marah. Aku memang suka berbalas kata dengan dia, sebab dia skema. Pengaruh kartun banyak benar.

Yang aku gelihati bila abi pergi kerja, dia bersalam dengan abi, dia hantar abi pergi dengan lambaian tangan sampai kereta abi menghilang. Masuk aja dalam rumah 'Auni rindu abi' adeih, lepas tu setiap jam tanya 'mana abi?', 'mana abi ni, lambatnya', bila abi tu balik, memang dia tidak ingat mak dah. Servis bertukar tangan. Aku suka ambil kesempatan mengadu hal dia dengan Adli bila abi tiada. Ngehehe, kecoh je kan.

Sekali hari tu, di ambilnya tali kasut abi di lilit pada leher teddy bear, dia duduk atas sofa dia goyangkan tali kasut tu, buat ayunan. Bila aku keluar daripada bilik, 'Auni buat apa?' sambil jeling-jeling dia dok terkenyit-kenyit mata dengan muka serabai. 'Tengok umi, bear-bear main buai' OMG, memang terkeluar gelak besar aku.

Buat kerja senyap-senyap je, sedang Adli main dengan kasut abi dia pun menyibuk. Ralit, aku panggil pun dia buat tak tahu aja. Sekali abi hendak pergi kerja, terkial-kial abi hendak buka tali kasut yang dah tersimpul berapa kali simpul. Penyabar pula abi membuka tali kasutnya yang dah kusut, ikut aku tu pakai ajalah kasut lain. Kasut banyak.

Dalam pada, kecerdikkan kepala otak dia tu, dia sudah boleh di harap, menjaga Adli, menjaga Arrizqi, paling best dia sudah pandai kebas tempat tidur, hihiii. Aku tengah dodoi Arrizqi, mengeluh sebab tempat tidur penuh habuk mainan. Semua pun hendak main atas tilam. 'Kebas umi, kebas' tercengang kejap aku dengar. Dan, dia memang boleh buat. Hohooo, anak dara aku sangat boleh diharap. Satu aktiviti, sudah lepas kepada dia.

Auni memang kakak yang bestla. Sendiri request hendak bergambar sama-sama adik katanya.

 Pipi sudah berisi sikit.

 Suruh senyum ini pula jadinya.

 Arrizqi menyampaikan sesuatu.

 Ok dah keluar pun sesuatu itu, love this moment so much.

 Auni mula nak menyampah.

Ok dah malu, Arrizqi pun dah dapat candu, Adli memang sudah beradu.

Nota hijau: Siapa sangka mereka adalah buah hati emak. Walaupun letih teramat, tapi bila melihat perkembangan mereka aku jadi teruja. Terima kasih Allah.

Yeay, ada geng!

Tuesday, 11 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Confirm umi tidak boleh marah, kalau umi marah cakapla Adli yang buat-dalam hati Auni. Emak buruk sangkakah? tidak-tidak, itu memang naluri seorang emak, apatah lagi aku juga seorang anak sulong. Alasan untuk menyalahkan adik memang idea bernas untuk mengelak diri daripada kena marah. But, still kena marah juga. Anak sulong selalu aja kena tibai dengan penyangkut baju, pembaris kayu, rotan bila adik menangis walaupun kekadang tidak ada kena mengena langsung. Huhuuu.

But menjadi anak sulong adalah yang terbaik. Ye ke? hahaaa... tah.

Inilah part yang aku malas bila tiba masa mengemas, punyala gigih memunggah keluar daripada kotak masa sarat hari tu, susun ikut giliran, ikut tajuk, ikut saiz. Dapat pada maklong dan pakngah ni, habis. Kenduri.

Idea abi letak rak buku di ruang tamu, ikutkan hati aku hari tu, hendak letak di ruang lagi satu. Bawah tangga ni untuk bersantai-santai belum sempat idea di utarakan, rak buku sudah sedia tegak berdiri, hendak menanti dia balik daripada utara lambat sangat, jadi susun je la rimas tengok kotak-kotak bersepah di porch kereta.

Awal-awal hari tu tidakla masing-masing perasan rak buku ni, tapi sejak dua menjak sudah menjadi tempat favourite aku dengan Arrizqi, makanya menjadi juga tempat mainan kakak dan abang, bila sudah bosan tangan pun menggedik mengganggu si buku-buku yang sedia tersusun. Saja tau bagi emak kerja.

Rak novel aku, terletak elok sebelah rak komik abi, bagaikan ada naluri tidak sedap hati apabila dua pasang tangan ini hendak menyentuh novel-novel tersebut. Belum sempat dorang turunkan, aku sudah sedia terpacak bercekak pinggang di pintu dapur. Macam hendak tercabut biji mata memerhati. Kebiasaannya Adli yang akan menikus lebih dahulu, dia akan diam dan buat helah lain. Muka jangan dikatala, memang comel gila. 

So, bila Auni buat keras emak pun keluar suara keras. Alaaa suara emak ni, bukan dia takut pun. Cepat je dia bersuara 'Adlila yang buat!' ewah-ewah, walhal memang sudah terang lagi nyata dia yang mengajar adik depan-depan mata aku semasa aku bercekak pinggang tadi. Jadi, dia hanya turunkan buku abi sahaja.

Mula sudah.

 Meriahnya...

Cara mudah untuk aku suruh dia mengemas semula, pegang kunci grill. Buka pintu untuk main di luar rumah, haaa sebelum keluar tu harusla mengemas segalanya. Susunla macam manapun janji naik atas rak dan mainan masuk dalam kotak. Adli akan ikut mengemas bila kakak mengemas. Upahnya, main di luar.

Bagusnya bila aku offer dorang main di luar, dorang main berdua tergelak-gelak, jatuh, berlari, satu part dah letih dorang masuk sendiri, landing. Auni akan buat permintaan hendak mandi sebab 'poluh-poluh' katanya. Auni juga tahu istilah sejukkan badan selepas bermain sebelum masuk besen untuk mandi pula. Hiii...jadual petang.

Seronoknya bila tengok dia berpakat dengan Adli, tidak seronoknya bila dia dengki dengan Adli. Itu kalu emak pun naik hantu.

Bakal mewarisi. Habisla emak.

Nota hijau: Esok lusa, tambah lagi seorang. Pergh!

Suka tapi malas.

Monday, 10 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sepatutnya tidak ada seperti istilah di atas. Suka tapi malas. Kalau sudah suka tu, buat je la kan tanpa malas. Hiii...

Aku suka tengok corak luarnya, macam-macam corak sampai rambang untuk memilihnya, dan aku ada jenis, minky, printed dan juga plain. Oh! yang ekonomi sahaja.

Aku suka tengok Auni dan lebih-lebih lagi Adli memakainya, dengan kaki dia yang demok-demok tu, jalan macam anak gergasi, he looks so cute.

Aku suka dan tidak kisah untuk basuh, cuci, bilas setelah ianya digunakan.

Aku suka untuk menjemur secara tersusun di ampaian.

Aku suka sangat melipat dan menyusun di dalam laci khas untuk menyimpannya.

Tapiii...satu part yang aku malas tentangnya ialah...

memasukkan insert ke dalam pantznya sebaik sahaja di angkat daripada jemuran. Ergh!

Tolong-tolong masukkan insert niii... huhuuu!

 Berguna tangga ni tatkala hujan.

Nota hijau: Cloth-Diaper brand QQBaby :) Peace!

Arrizqi dan rezeki.

Thursday, 6 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ini budak sudah minum susu 4 aun sekali minum, lepas burp dia akan tidur dengan sendirinya walaupun intro hendak lelap tu kemain panjangnya. Dan, elok pula jika memberinya susu formula turun temurun S26Gold dia terus lena tanpa intro-intro. Apakah? oh, ini ikut keadaan juga. 

Ya, akibat emak yang sangat sibuk menguruskan rumah, sibuk menguruskan abang dan kakak, sibuk merencana macam-macam dan menjadi letih, Arrizqi mendapat bantuan susu S26Gold, what the meaning-what the meaning? [ala-ala Zizan] the meaning is, minum susu perah dan minum susu formula. Walawei, dah campurla. Berdegar-degar aku nasihatkan orang untuk breastfeeding, aku? ya, aku tau aku cakap je lebih buatnya tidak. Aku tau, tapi sengaja cari jalan tidak mahu buat. Ya, pertikaikanlah sebab aku adalah seorang surirumah, boleh sangat untuk breastfeeding, direct, pumping tapi memilih untuk fm juga. Kenapa?

Bila sudah berdepan dengan tiga orang anak yang masih memerlukan perhatian, kaki, badan, tangan keseluruhan badan jadi lenguh. Bila malam masing-masing berjaga bagai waktu siang, ambil banyak mana pun vitamin cap kuat takkan dapat mengatasi kekusutan kepala otak. Apatah lagi kena psiko dengkuran sang bapa, yang setiap hari berulang alik ke tempat kerja berjarak jauh-dia dah letih langsung mempengaruhi mood dan perasaan. Aku rasa sangat teruk bila kepulangan abi aku sambut dengan mata sungguh hendak tertutup.

Dan sekarang baru aku tahu, kenapa perlu merancang keluarga seawal yang mungkin. Inilah natijahnya yang perlu aku hadapi. Inilah kepentingannya agar kita dapat memelihara kesihatan badan sendiri, anak-anak dan rumah. 

Aku tidak menyesal memberi Arrizqi susu formula kerana ini adalah pilihan aku sendiri, daya ketahanan badan, emosi aku tidak sama dengan orang lain yang lebih tegar. Apatah lagi aku meladeni kerenah anak-anak sendirian. Arrizqi dapat susu badan sepenuhnya lama sedikit berbanding Adli yang campur sebaik sahaja ngam-ngam sebulan. Jadi, lebih sikit di situ dan sekarang, masih lagi minum susu badan. Rezeki susu badan tu masih ada untuk Arrizqi menikmatinya.

Dalam pada mengelek dirinya, banyak juga perubahan yang memberangsangkan. Paling ketara part minum susula, daripada 2 aun sehingga jadi 4 aun. Uish! dasat mamat ni. Sekarang, baju abang Adli pun sudah disarungnya. Abiii, jom shopping. Dan besen mandi juga sudah tidak muat disamping barut yang menjadi semakin pendek. 

Ruam susu juga sudah semakin kurang dan kering, menjadikan Arrizqi seorang yang ensem. Hihiii. Anak abi sebijik apabila rambut dan matanya kekal sama. Whatever pun, semua mereka ini mudah dijaga cuma masing-masing memerlukan perhatian lebih sedikit.

Abang Adli... Arrizqi pun ada ruas tebu macam abang juga tau.

Pulas tidurmu budak.

Nota hijau: Bila dorang pakat nangis sama-sama,OMG emak ikut nangis juga.

Damn tired.

Wednesday, 5 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dua hari lepas bila aku sangat penat. Hendak buat kerja pun dia punya malas sangat menggila. Wei, surirumah pun orang juga ok. Arrizqi dah pandai meragam. Bila semua tertidur dan kerja sudah beresi...inilah jadinya...


Conteng diari. Hihiii... Kena ready diary untuk next year, rasanyaaa kitar semula yang ini sahajalah. Ada setengah lagi tidak berisi :) peace.

Semakin hari semakin biasa. Wordless kan?

Rindu.

Tuesday, 4 December 2012

Comel ja masa ni. Single lagi.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kadang-kadang bila aku teman Auni dan Adli main bersama aku macam terlupa wajah mereka berdua waktu masih seperti Arrizqi. Mungkin, kesibukkan aku menyebabkan satu dua kenangan tu jadi low, menyusut. Terutamanya pada Auni.

Anak sulung sama macam aku, gambar masa dia dalam hari sahaja setiap hari dirakam. Video step by step dia membesar, setiap apa jua aktivitinya sentiasa ada untuk kenangan, ye la belum ada saingan. Tanpa sedar gambar dan video itu jugala berguna tatkala aku asyik dengan adik-adiknya.

Bila dengan Adli, datang pula angin sakatnya...terkekek-kekek Adli dengan aksinya. Bila angin harmoni, setiap yang dia hendak buat mesti sama macam Adli, makan, mandi, minum susu, tengok kartun. Ada satu part lepas mandi dia menangis hendak bedakkan Adli yang sama-sama bersimpuh mengadap dia. Masa macam ni aku tersentuh hati betul, apatah lagi bila Adli beraut wajah sayu dan redup. Lagiiila...bergenang kolam mata.

Disuruh menjaga Arrizqi pun sudah boleh sedikit sebab dia memang ambil berat dengan adik baby nya. Ayat yang biasa keluar apabila dia duduk dengan Arrizqi "baby sangat comella umi" dan dengan baik hatinya bedakkan adik baby yang kebiasaannya selepas Arrizqi naik mandi. Then, after all done satu kiss dia bagi pada Arrizqi. Sweetkan, kakak ni?

Aku pun tak sangka dia sudah tiga tahun, menjadi kakak kepada dua orang adik, lelaki pula tu. Isk...kakak Auni ni. Dalam pada aku sibuk uruskan adik-adiknya, dia sentiasa mengalah. Agaknya, dalam kepala dia, asyik aku je yang selalu dapat last. Hihiii... Kadang-kadang yang last tu istimewa.   
Dalam pada aku selalu jadi hulk tu, bila tengok dia sedang asyik dengan buku, dengan kartun...alahaiii Auni, awak sangat sweet. Lelebih lagi bila part lawan bercakap, amboi lebih kuah daripada sudu sampai kena guna senduk besar.

Lahirnya Arrizqi, dia tidak banyak beza dengan Auni. Tang mata sepet tu yang beza dengan Adli. Auni, tetap menjadi pujaan hati.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Aduhaiii huru hara.

Friday, 30 November 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya, macam dah pernah je buat tajuk canni, takpe la malas hendak korek bubuh sahaja untuk menggambarkan situasi pada masa tersebut. Semalam, episod pertama keluar bersama keluarga terchenta gittu. Adoi!!! macam nak pengsan emak dibuatnya. Abi dalam perjalanan balik rumah daripada Seremban, dua hari aku handle rumah sesorang, malam tadi memang struggle sikit pasal setiap jam pun bangun.

Baru je hendak lelap ada sahaja yang bangun buat permintaan, memang menangisla di situ. Tapi bila pagi, hanya ditemani Adli macam biasa elok pula situasinya, aman dan under control. Mandikan Adli mandikan Arrizqi, kata abi hendak pergi beli barang dapur. Huyeee!!!

Elok abi sampai, Arrizqi sedang menyusu. Aku mandi dan bersiap, mandikan Auni dan pumping sekejap. Setel makan tengah hari nasi ayam ditapau oleh abi, siapkan beg susu Auni dan Adli, manala tahukan dorang ni suka minta tiba-tiba. Setel semua, baru siapkan Arrizqi. Tukar pampers, tukar baju dan time for shopping.

Jalan-jalan day 44 :)

Alhamdulillah, senang bila Arrizqi hanya tidur dalam stroller...akan tetapi yang seorang ini waduhaiii memang mengukur habis Tesco yang besar itu. Mula-mula sangat elok duduk dalam troli dengan kakak, apabila troli makin penuh, dia minta turun. Nah! dia berlari, dia menegur orang, dia berjalan. Superb Adli, tidak terkejar sampai kena minta bantuan Auni. Aku memang tidak kisah sangat diorang berlari sebab abi ada untuk pantau, part aku risau bila abi bercakap ditelefon sedangkan anak bertempiaran, memang nak nangis je rasa.

Sibuk nak Krismas-krismas katanya.

Hero on that day.

Aku sanggup tangan kanan tolak troli penuh barang, tangan kiri tarik stroller Arrizqi, abi... biar dia uruskan Auni dan Adli. Bila keadaan agak sempit, masukkan Adli dalam troli. Gigih dia manjat kotak sabun nak turun. Memang tidak sempat aku nak snap gambar dia time tu. Muka gangster je. Orang hendak suruh dia berehat sekejap..

 Cool lagi dalam troli.

 Ok, tak cool dah... letih mak pak ngejar.

Ponuh...

Meskipun troli penuh, banyak juga barang yang aku tertinggal untuk beli sebab senarai penuh betul-betul tertinggal di rumah, entah celah mana aku letak. Mujur yang tertinggal tu boleh dimaafkan sebab tidakla penting sangat, hanya untuk memuaskan nafsu shopping saja.

Sebelum Maghrib sudah sampai di rumah semula, dan abi sambung tidur balik semula. Sah! mesti dia tidak tidur semalaman ni. Hendak nangis juga, sudah setel mandikan tiga beradik ni, masing-masing sudah ketiduran cuma Arrizqi sahaja yang asyik menjerit-jerit. Aku hendak saja bawa ke dapur letak atas para. Tapi, risiko lebih besar sedangkan ada abi. Kejut sahajalah abi, suruh dia tengok Arrizqi dan aku perang dengan dapur.

Huh! lepas ni keluar shopping beli makan siap-siap. Penat bukan kepalang. 

1st time pakai tudung cenggini, hahaaa. Redah je la, pipi kembang. 

Nasib baik muat sarung jeans lama size 27, nervouse jugak masa nak kancing tu. Hihiii, longgar wei, longgar... anggap je seluar tu dah kembang sangat :p Arrizqi tengah poss nak tidur.

Nota hijau: Lagi-lagi orang tidak percaya aku punya tiga orang anak. Dorang ingat aku tolak stroller tanpa orang, sebab Auni dengan Adli sudah naik troli. Hihiii...Sian Arrizqi.

Tamat.

Thursday, 29 November 2012


ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA
SYUKUR, walaupun mencabar namun dapat melaluinya dengan rasa bangga. Harap hujung minggu nanti dapat elaun untuk keluar jimba dan shopping. Aktiviti kesukaan setiap kali lepas pantang dengan alasan baju anak-anak dah singkat. Hendak belikan baju Arrizqi, sian mamat tu asyik kena pakai baju abang.
POTONG rambut. Rimas bila sudah panjang lepas bahu. I dont like. Hendak potong ala-ala Helle Berry. Kihkihkih...tapi version pipi kembang.
SUDAH siap senarai panjang untuk deco-deco rumah, pastu kena duduk berbincang dengan abi untuk mengadakan kenduri doa selamat. InsyaAllah.
ABI ni busy je tau. Isk...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Amekaw!!!

Wednesday, 28 November 2012

Karam...

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJHTERA.

Aku ok. Rupanya baru hari Rabu,ku pikir sudah hari Khamis. Terlaju pula aku mengira. Semakin serasi dengan jadual rumah mungkin disebabkan kerenah Arrizqi yang tidak begitu cerewet. Cuma, Adli dan Auni sahaja yang macam-macam hal, alah bisa tegal biasa.

MAKIN besar ruang rumah makin meriahla taburan mainannya. Makin banyak ruang rumah makin melaratla mainannya. Makin besar tumbesaran umur dan perkembangannya makin banyaklah kerenah nak kena layan. Makin banyak celotehnya makin banyak jugala ragamnya.

EMAK baru kata emak hendak rehat sekejap, burrrr satu kotak mainan terabur. Emak baru kata emak hendak baring sekejap, burrr satu kotak lagi terabur. Emak pasrah...itu pun berusaha ignore. Kalau emak dah stres, siap sedia la ya.

OHOIII!!! la anak-anak, kalaula dikau mengerti keletihan emak...hrmmmm.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sibuknya seorang emak. Fuh!

Tuesday, 27 November 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semua orang tahu kitakan bersama, bila sampai waktunyaaa... eh? apahal. Haaa itu tandanya aku sudah tingtong. Kehkehkeh. Masa aku update ni kan, baru je pakai apron nak meredah dapur pula. Pakai apronla baru rasa ala-ala masterchef masak ikut time sambil layan Arrizqi hendak tidur. Adli sudah pun tidur second round lepas mandi dan Auni masih belum bangun lagi.

So sambil layan blues Arrizqi ni mikir menu tengah hari, ayam tengah rendam. Hari kedua bergelar surirumah, jadual sudah boleh disusun. Semalam memang terasa sukarnya tapi aku cuba juga sebab aku kena biasakan. Disebabkan aku tidak sempat mandi awal pagi semalam, makanya aku minta abi kejutkan awal pagi untuk aku mandi siap-siap.

Adli akan bangun masa aku bersarapan, sarapan seorang buat air secawan cukup dengan roti sebungkus. Kenyang. Sambil makan suapkan Adli sekali. Lepas sarapan, sapu lantai, kemas mainan Auni dan Adli. Kemas dengan Adli semua ruang dan jemur baju dalam mesin yang dicampak masuk sebelum tidur malam tadi. Selesai.

Sambung lagi mandikan Adli, bagi susu dia akan tidur sendiri. Arrizqi pula take turn mandi, menyusu dan melayan dia tidur sebelum aku masak tengahari. Tidak boleh terlalu ralit sangat sebab sesekali kena menjengah mereka sekalian dikuatiri kejadian yang tidak diingini berlaku. Malang tidak berbau.

Bila Auni bangun, aku sudah siap untuk landing dan pumping susu. Melayankan Auni mandi, makan, bermain sehingga Adli pula bangun untuk makan tengah hari. Dan, setel kembali susukan Arrizqi sebelum ada yang berakla, hendak itula, hendak inila.

Mujur drama kegemaran aku sudah habis episod, kalau tidak aku mengejar hendak menontonnya pula. Hahaaa. Bila ada masa free aku lipat baju, iron baju abi. Bila malas, aku tidur sahaja. Rumah tunggang langgang pun mainan budak berdua ni sahaja. Hihiii. Sekian berita.

Oh malam, malam tiada hal sangat sebab abi tapau daripada balik kerja, jika tidak pun makan apa yang ada sahajala, dia pun sibuk berdiet tu. Jaga badan katanya. Bini dia sahaja pantang nampak makanan. Bila abi balik, anak-anak sudah siap aku mandikan. Macam semalam, masing-masing ketiduran. Emak sahaja yang masih celik menguruskan dapur. Dapur tu, nampak macam tiada apa-apa, tapi sebenarnya ada sahaja yang hendak dibuat bila dah masuk. 

Jam satu pagi aku masuk tidur, tertakhluk kepada mood Arrizqi. Hihiii. Auni, bagi saja kartun, Adli...bila tiada orang layan, dia tidur ja.

 Mujur sofa tanggal kusyen ni sudah tiada di rumah.

Kapal penuh.

Nota hijau: Hrmmm...ok boleh handle. :) slow-slow je.

Suka dan duka.

Monday, 26 November 2012

Berebut pangku.

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA

SABTU, hari suka sebab abi balik selepas dua minggu. Walaupun adanya dia lebih kurang macam tak ada tapi lega jugala bila dia teman dak berdua tu aku boleh urus diri sendiri dan Arrizqi.

MERUPAKAN hari tidak suka juga kerana berebut kasih abi dengan Auni dan Adli. Hrrrmmm...mengalah je la. Baru nak baring manja-manja dah kena gusti dengan Adli. Gila kejam tak bagi can langsung.

SEDIH betul bila tengok dorang serbu abi, berebut pangku, minta teman merwarna, minta makan, minta ais krim, minta mandi, balas dendam sepanjang tempoh ketiadaan abi. Emak duduk tepi memerhati menangis dalam hati memikir kasih yang telah berbahagi bukan sahaja tiga tetapi empat. Arrizqi kecil lagi belum mengerti.

AHAD, hari gembira sebab balik rumah sendiri. Yeay! Penuh padat dalam kereta. Dulu berempat sekarang berlima. Kecoh tidak terperi bila mata semua degil tidak mahu tidur, barangkali teruja di bawa berjalan jauh jadi masing-masing sayang hendak tidur. Syukurnya, Arrizqi tidur bagaikan kena bius. Memudahkan untuk handle yang berdua itu sahaja.

HARI pilu juga kerana sebaik sahaja melangkah masuk rumah, sekitar rasa berpusing, pitam apabila melihatkan kapal karam depan mata. Uiii! Mengemas licin barang sebulan yang lalu bagaikan sia-sia kerana terpaksa bermula sekali lagi. Satu malam aku mengemas dapur sahaja, itu yang aku mampu sebelum bermimpi jam 2pagi.

SYUKURnya lagi Arrizqi tidak buat perangai bagaikan ikut sama merasai perubahan sekelilingnya. Tidurku lena sehingga mendapat kucupan pagi daripada abi sebelum ke tempat kerja. Hilang semua lelah malam tadi.

SEJUK kaki pijak simen.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Arrizqi independant.

Friday, 23 November 2012

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAR SEJAHTERA

FUH! Masuk hari ke 38 berpantang. Pantang ke? Habis sudah hampir semua aku langgar, tinggal lagi pakai bengkung je itupun upgrade, sebab Premium Beautiful. Tangan pun dah bertukar jadi kaki obor-obor.

JAGA Arrizqi semua pun main dan tak dan je. Mana yang sempat dan boleh aku buat, mana yang tak dan tu just let go malas hendak fikir sebab sibuk menguruskan abang dengan kakak dia. Tapi Arrizqi memang menguji kesabaran, bagaikan kembali menjaga Auni apabila menjelang sahaja jam 12.00am matanya akan segar bugar. Itu kalu memang babai la tidur cukup 8jam. Tambah lagi yang si dua tu ikut beroperasi memang emak nangis tanpa segan silu.

SETIAP dua jam kena stanby untuk warmkan susu, kadang-kadang tidak lagi sampai dua jam aku dah sumbat susu dulu, dapat dia tidur 4-5jam memang bersyukurlah macam-macam kerja boleh dibuat. Oh ini belah awal pagi ye pasal waktu siang Arrizqi memang tiada hal sangat. Tidur bagai orang tidak sedar diri.

BERGANTUNG sepenuhnya dengan botol susu apabila menyusu dan masih lagi dengan susu badan. Boleh guna pakai lagi ke istilah breastfeeding tu? Hiks. Tidak ngapelah kurang sikit part ngemping di situ kerana kalau dia berkepit, bagaimana pula aku hendak uruskan yang dua lagi. Syukur Arrizqi tiada sebarang masalah untuk tidur bersepah.

CUMA awas untuk aku tinggalkan dia dengan Adli. Adli yang baru pandai eksplore kehidupan masih belum mengerti sangat. Yang dia tahu lenjan apa sahaja termasuk jalan-jalan...bap! terduduk atas Arrizqi. Main-main...tuing! jatuh mainan yang dipegang atas Arrizqi. Setiap masa kena pastikan dia dengan Arrizqi.

SEDANG berfikir bagaimana aku hendak masuk bilik air bila hanya kami berempat. Abi memang tidak akan beli baby-coat. Hrmmm...nanti sahajala aku fikir.

ARRIZQI membesar dengan sihat dan baik, Alhamdulillah. Yeay! Ahad ni balik Sg. Buloh. Angkat senjata...baris!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Adli survive.

Thursday, 22 November 2012

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA

KESIAN anak emak yang seorang ni, Adli...umi sangat berterima kasih padamu kerana sangat tidak menyusahkan emak. Sentiasa bawa diri dan sangat mudah dikendalikan kerana tidak seperti kakak Auni yang macam-macam hal.

ADLI bukan raja tv macam kakak Auni paling tidak pun dia akan belajar dengan apa yang sedia dipertontonkan. Bila waktu tidur hanya bantal merah Angry Bird sahaja yang jadi teman bersama sebotol susu. Paling seronok sudah tentu tiba waktu makan. Apa sahaja janji bukan pisang dan anggur.

SEBULAN di rumah atok, daripada berjalan teragak-agak kini sudah pun berlari dengan cekap. Bising rumah papan atok dengan hentakan ala giantnya sampaila tergelar raksasa kecil. Berusaha belajar memanjat, daripada terkapai-kapai, ternganga memerhati kakak yang cekap memanjat akhirnya dia memanjat sendiri.

DIA pandai bermaib sendiri tanpa menghirau orang lain. Bangun daripada tidur diberinya senyuman paling menawan walau giginya masih statik hanya lapan batang.

PANTANG mendengar bunyi enjin motor atok balik, dia dahulu yang akan kepala mengejar atok di muka pintu. Herm...

MACAM manalah kalau kami semua pulang ke Sg. Buloh, sudah pasti atok sunyi tanpa kerenah Auni dan Adli yang menyambut di muka pintu. Tiada lagi Auni yang menjadi pemijak belakang, tiada lagi Adli si raja santapan.

HIDUP perlu diteruskan. Aku perlu berdikari menangani Auni, Adli dan Arrizqi sendiri.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Auni forever.

Wednesday, 21 November 2012

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA

HUISH! Gila meligat anak-anak aku ni. Masing-masing dah menunjukkan perangai tersendiri. Request pun sudah pelbagai dan aneh-aneh.

AUNI dah tahu makna rindu. Apabila kena marah lekas sahaja muka berubah riak, sedih. Then,
"Auni rindu abi. Abi mana umi?" terkena pula tune mood aku tidak berapa betul.
"abi kerja, nanti dia balik sini kita ikut balik rumah" masa tu tidak fikir dah perasaan orang yang mendengar.

YANG buat aku sangat lelah untuk tangani apabila, dia mengajak Adli main bersama, malangnya semua yang Adli pegang dirampasnya, depan-depan mata emak dia menolak Adli sehingga jatuh terduduk. Silap haribulan terhantuk tiang terhantuk dinding.

DITAMBAH lagi dengan stres ketidakcukupan tidur emak, hah! Memang nahas, emak transform keluar tanduk dua. Tahu pula tu bila aku bangun mendekati badannya dikeraskan. Aku hantar dalam bilik air gelap.

WAKTU tidur masih sama juga cumanya tiada lagi tidur pada belah siang. Bila sudah letih, lepas mandi petang dia lelap, kesannya jam 10-11malam dia sudah segar kembali sehingga jam 4pagi. On kan sahaja Disney Channel. Tengok kartun, menyanyi, berlawan cakap dengan emak di awal-awal pagi.

AKU terfikir bahawa waktu itu sahaja hanya Auni ada aku untuk peluang bermanja. Lain-lain, sudah tentu dia terpaksa mengalah dengan adik-adiknya. Ok kena cool lepas ni walaupun mengantuk tahap cipan. Panjang juga akalnya jika sama dengan apa yang aku fikirkan.

MACAM mana pun, dia tetap kakak yang terbaik kepada adik-adik. Duduk kampung, macam-macam yang dipelajarinya buat aku bertambah kepeningan. Adeh!

Published with Blogger-droid v2.0.9

InsyaALLAH, I can do it.

Tuesday, 20 November 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 20112012 - kod hari ini.

JADUAL seorang emak yang mempunyai anak berumur tiga tahun, satu tahun dan baru hendak habis pantang. Ruwet, rumit dan macam-macam hal sampai tahap kesakitan hati pun termasuk sekali. Dugaan yang dilalui amat menguji kesabaran yang bukan calang-calang.

SAAT badan belum pulih sepenuhnya, saat tenaga belum 100% cas penuh, saat emosi belum lagi tahan mengharungi perasaan yang pelbagai, aku berdepan dengan kerenah anak-anak yang sangat kontra perangainya antara satu sama lain. Tugas meladeni mereka tiada waktu yang betul-betul fixs. Setiap hari walaupun mereka melakukan kerja yang sama namun waktunya sentiasa sahaja berlainan menjadikan aku susah untuk mengatur masa melainkan agak-agak sahaja.

SEBELAH pagi aku akan mandi seawal yang mungkin selepas menyusukan Arrizqi. Biasanya, menjelang jam 10-11pagi mereka bertiga sudah siap berdandan. Selesai mandi memberi susu dan sarapan pagi, yang kekadang ter'skip'. Mujurnya, dalam tempoh ini mama yang sediakan hidangan. Esok balik rumah sendiri akan bersilatla aku. Memang ke laut dalamla alamatnya waktu yang dinamakan breakfast.

ARRIZQI dan Adli akan kembali tidur semula selepas jam 12tengah hari cukup untuk masa bermain, menyusu dan membuang. Aku hanya perlu melayani Auni yang sangat peningnya, orang dah petah bercakap, macam-macam yang diorder, macam-macam yang dibuat di luar kotak kawalan. Sedar-sedar dia sudah bermain keliling rumah. Adalah lega pabila dia sibuk dengan kartun walaupun dia tidak tidur sepanjang waktu siang.

SESI pumping yang kedua selepas makan tengahari sambil melayan drama demi drama yang tersaji di astro dan media prima termasuklah RTM. Kadangkala drama RTM lebih best walaupun pelakonnya yang tidak dikenali. Apabila Adli bangun mama yang lebih suka menyuap makan tengahari untuknya. Dan, aku terus bersama Arrizqi yang memang teliti menyusu setiap dua jam.

MENJELANG petang tatkala aku melayan mata, mama rajin bawa Auni dan Adli menjengah luar rumah. Panjang langkah dua orang tu berlarian dihalaman. Satu part papa akan bawa bersiar ala-ala JJCM. Habis berpeluh dan sejukkan badan aku mandikan ketiga-tiganya. Take turn. Biasanya Auni akan mandi dengan Adli bermain dalam bilik mandi. Sudah berbotol shower cream habis macam tu sahaja dek Auni mandi buih ala-ala SPA.

MENJELANG malam, keadaan rumah masih lagi meriuh, Adli sudah cekap berjalan, berlari dan memanjat. Sekarang dia sedang berusaha untuk belajar melompat pula, satu yang boleh dipelajari daripada Adli ialah, sikap tidak putus asanya. Pening juga bila dia sudah langgar waktu tidur jam 10.00 malam. Itu kalo mulala aku ikut sama naik tocang. Arrizqi baik lagi waktu ini, menjelang jam 2.00-3.00 pagi turn dia pula beroperasi. Pakej lengkap tukar pampers, menyusu, sedu, meneran, bersin dan muntah. Siap pakej hendak besar baru dia lelap itu pun jam sudah pun melepasi 5.00 pagi.

MEMANG aku mengeluh, aku letih, aku mengantuk, badan aku sakit. Huhuuu... saat ini segala pil, kapsul tenaga pun tidak dapat membantu kecuali vitamin tidur lena. Lekaslah Arrizqi besar, senang hati bila kamu seperti abang Adli. Umi boleh goyang kaki memerhati. Hiii...

AKU hendak pergi Cameron, siapa nak bawa ni. sobsss!!! I need a rest. I need a short breake.

Nota hijau: Please pray for Gaza.

Mudah bersalin.

Monday, 19 November 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Salam boleh tak share ape2 yg akak tau tntg deliver normal ni..means petua ke..ape2 yg akak amalkan selain doa2..yg memudahkan kelahiran tu..sy nak deliver normal for my 2nd baby


Salam..kak boleh tak story sikit ade petua pape tak ms nak or b4 deliver..1st bby dlu czer


Tipikalnya, aku langsung tiada petua untuk mudah bersalin secara normal. Mengikut pengalaman aku, apa yang aku praktikkan semasa bersalinkan Adli, ialah memang betul-betul mengikut buku. Aku baca semua jenis buku berkisar tentang kehamilan, apa sahaja. Cedok sini, cedok sana apa yang aku ingat sahajalah aku pratikkan.

Di sini juga aku berterima kasih kepada biras aku, Fizanie Lokman yang serba sedikit memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk meneran dengan betul buat kali terakhir sebelum aku ke bilik bersalin. Masa tu memang sedang melepaskan lelah, duduk di sofa dan dia tanpa sengaja memberi aku sedikit tunjuk ajar.

Katanya, bila proses meneran hendaklah tarik nafas panjang dan tolak, tangan pegang pergelangan kaki, dan  teran tanpa suara dengan dagu bertemu leher. Ini kerana, apabila kita meneran dengan suara secara tidak langsung kita telah menggunakan sedikit tenaga.

Bersalinkan Adli memang aku sangat feeling, rasa sakitnya, persediaan untuk aku meneran pun sangatla mudahnya. Kata-kata biras aku tu, memang sama dengan buku. Aku menahan sakit tanpa bius, tanpa ubat tahan sakit, tanpa suami disisi. Huhuuu... Yes, supporter amat penting. Apatah lagi bersalin normal kali pertama.

Berbanding dengan Arrizqi, aku menahan sakit bukan di katil sahaja. Oleh kerana ketuban sudah pecah di rumah, dan tempoh sakit kontraksi adalah bila-bila masa sahaja. Aku rasa betul-betul sakit semasa proses perpindahan aku daripada bilik saringan ke bilik bersalin di HSI,JB. Mendengar para-para petugas saling bertingkah buat aku bertambah sakit dan bengong.

Dalam pada dorang kecoh-kecoh tu, kaki yang kebetulan sudah angkat aku teran sahajalah. Kerana aku terasa Arrizqi sudah betul-betul dilaluan hendak keluar. Punyala pulun, sampai lupa segala apa kata buku. Hahaaa... Dah setel kena jahit baru sedar, lorrr aku lupa nak praktik cara meneran dengan betul.

Apa yang aku hendak kongsikan di sini ialah ikut peraturan buku, dengar arahan doktor, insyaALLAH semuanya akan baik dan lancar. Macam-macam aku dengar kawan-kawan beri aku petua, hendak mudah bersalin, tapi yang aku betul-betul ikut ialah banyakkan berjalan. Aku memang kaki jalan. Itu pun baru terfikir hendak shopping baju Arrizqi, tak sempat shopping dia dah keluar, sian... pakai je la baju abang Adli. Ada orang minum air selusuh, walaupun air itu warna hijau tapi aku tak sanggup untuk minum, hihiii.

Selain itu, memang amalkan baca tasbih Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun. Itu ayat paling mudah dan senang, ada juga aku baca ayat Qursi tapi tak habis baca sakit datang kaw-kaw-kaw punya babas. Dah tersangkut ayat tu. Bila asyik tak habis je, tukar ayat simple la.

Ironinya, meneran apabila sakit datang. Itu akan memudahkan lagi proses bersalin. InsyaALLAH. Dan sebenarnya, sakit kontraksi kuat adalah lebih sakit daripada proses meneran hendak bersalin ;) 

Bersalin Auni? itu tak aci sikit pasal dia keluar ikut tingkap. Hohoo... tu yang dia patern lain sikit, syukurnya dia sihat alhamdulillah.

Adik baby - Arrizqi

Adik Adli.

Beloved sista kakak Auni.

Nota Hijau: Pohonlah ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja sebelum di tolak ke bilik bersalin, insyaALLAH anda akan didoakan oleh mereka semua. Apakah aku sudah menjawab persoalan? hihiii... redah je la. 

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in