End 2013.

Tuesday, 31 December 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, melalui setahun yang penuh dengan pancaroba, dugaan, cabaran dan macam-macam hal. Syukur, masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan sisa perjalanan yang masih ada. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik untuk menempuhi dugaan 2014, inshaaAllah.


Untuk kasih tersayang, Selamat Ulangtahun Kelahiran-29, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan semoga terus tabah meladeni kerenah, anak-anak dan isteri nan satu ini. Semoga, dapat menjadi role model untuk anak-anak mencontohi sikap dan sifat yang baik. Kami sayang kamu, abi.

Hrmmm, azam tahun baru, ada ke eh? azam aku biasa-biasa sahaja berharap sangat agar dapat memantapkan skill masakan, skill art, dan skill bisnes tupperware, muahaha. Semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk terus sabar meladeni kerenah anak-anak yang pastinya kian membesar, kian banyak hal, kian panjang akal.

Serba puteri. Sabar je la melayankan kerenah, Auni.

Satu yang pasti, jadual aku berubah lagi apabila Auni sudah pun mula ke Tabika Perpaduan berhampiran rumah. Entahkan sempat entahkan tidak aku hendak update bloghijau ini kerana aku juga berazam untuk mengurangkan kisah hal peribadi di bloghijau, entahlah aku pun tidak tahu mengapa aku rasa sangat takut dengan media sosial pada zaman sekarang. Semoga, kita semua di bawah lindungan Allah swt. InshaaAllah.

Kesimpulan untuk tahun 2013, buang yang letih-letih, buang sikap suka merungut, buang yang keruh-keruh dan sentiasa bersangka baik, sebenarnya...aku hendak menjadi seorang yang sangat low-profile. Tapi, aku sayang sangat dengan bloghijau ini, macam-macam kenangannya. Semoga kami sentiasa dibawah lindunganNya.

Sekian sahaja bebelan hari terakhir untuk tahun 2013. Selamat tahun baru semua.

Salam sayang.

Tahniah mamaMikhail 2.

Tuesday, 24 December 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku ada banyak rahsia, rahsia yang tidak patut untuk dikongsi dan rahsia yang patut untuk dikongsi. Salah satunya, merahsiakan kehamilan kakak kesayangan aku kak Eda atau mummy2D atau perkenalan awal kami mamaMikhail, ihiks. 


Alhamdulillah dia sudah pun selamat melahirkan seorang anak lelaki, 2.89kg pada 20hb Disember 2013 lepas yang merupakan anak ketiganya secara pembedahan di Hospital Pusrawi. Sekarang kami adalah seri, sama punya tiga orang cahaya mata, dua hero seorang heroin, muehehe. 

Aku suka bangat, aku sudah sedia mengetahui pada awal-awal dia hamil tempoh hari, dia memberitahu aku bahawa dia hamil empat bulan semacam aku hamilkan Arrizqi 7 bulan, aku biarkan sahaja dia membuat kejutan cara dia. Mendengar keluh kesahnya sebagaimana dia meminjamkan telinganya untuk aku sebelum ini. Syukur, semuanya sudah selamat.

Yang membuatkan aku begitu teruja apabila, anak ketiganya berjarak setahun dengan anak kedua, Deena. Sama beza jarak antara Adli dan Arrizqi. Anak pertamanya, Danish adalah sebaya dengan Auni dimana, tarikh lahir Danish bersamaan dengan due date Auni. Kan? kami ada banyak kaitan dan persamaan. Belum lagi buka perihal tentang tarikh-tarikh istimewa kami yang kebanyakannya hampir-hampir sahaja. Mungkin, disebabkan itu kami boleh ngam dan jadi sahabat.

Tiga permata hati mama. Tahniah mama.

Selamat berpantang dan semoga menjadi lebih sihat dan bertenaga untuk meladeni anak tiga. KakEda, lepas ni ambil MAB ye jika seram untuk hamil lagi. Ihiks...Bila aku hendak yang ke empat? tungguuu...


Salam sayang... 

Anak-anak emak.

Monday, 23 December 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di mana ada emak, di situlah dorang hendak menyelit. Yang hero tu, sudah memang tentu-tentunya hendak emak sahaja, yang si kakak tu pun tumpang sekaki hendak join sama. Kadang, aku rasa rimas juga tapi hendak buat macam mana, redha sahajalah jadi mangsa buli.

Sangatla pantang tengok emak duduk bersantai saja-saja, memang dengki sungguh. Ada je permintaan yang menjadikan emak kena atau terpaksa bangun duduk-bangun duduk 5-6 kali. Grrr...grrr...grrr menyirap je rasa tapi dilarang keras untuk meluahkan ketensenan depan anak-anak, kadang terlepas juga, muehehe!

Pantang emak baring, semua hendak buat sarang. 

Membelengaskan kereta abi dengan air milo. Kecoh weih, kecoh! 

 Dapat lolipop daripada tokPapa, sukala kan...?
Main masak-masak katanya, bersedia je la berlengas sana-sini.

Suka sangat bersepakat mengerjakan emak, mentangla emak hanya goyang kaki sahaja di rumah saja-saja, semua pun ambil kesempatan ye. Haish! 

Eh! macam pendek sahaja entry ni? ahaks...

Konon, hendak praktis!

Thursday, 19 December 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adli, perasan sudah abang-abang sahaja. Satu petang dia ajak Arrizqi naik ke tingkat atas secara senyap-senyap. Awalnya, main di tangga sahaja makin lama makin naik sampai juga ke tingkat atas. Dengar ketawa dua orang itu sahaja. 

Tidak lama selepas itu, Auni pula naik. Surprise! Adli kunci pintu bilik dengan Arrizqi sekali di dalam. Aduhaiii, sudahlah bilik itu hanya ada satu pintu dan satu tingkap sahaja. Itu pun tingkap tertutup rapat, bilik hanya menempatkan kabinet tinggi pelbagai guna, hanya sekali sekala sahajala digunakan.

15minit, memujuk Adli supaya buka pintu, macam-macam gaya pujukan, rayuan siap loud speaker dengan abi lagi. Adli masih buat derk sedangkan Arrizqi sudah pun meronta kepanasan. Menangis mendayu-dayu. Kebetulan, abi masih berkerja dan tidak boleh pulang ke rumah. Jauh pun ya. Takkan aku hendak menunggu dia pula. Aduhaiii!

Aku hampir sahaja menangis sedangkan Adli masih main kabinet baju dengan penuh riang sambil menyanyi. Arrizqi sudahpun meniarap mengadap ruang bawah pintu. Sedih! Auni tidak sempat naik untuk bersama dengan adik-adiknya. 

Di pejabat, abi menelefon kepada yang boleh datang membantu. Pengawal perumahan, dia keluar sebentar, akhirnya seorang cikgu datang bersama isterinya. Aku masih lagi memujuk Adli supaya buka pintu, kasihan dengan Arrizqi sebenarnya sudah pun letih menangis. Risau mereka pengsan sahaja sebab tiada ruang untuk udara keluar masuk.

Cikgu datang, membantu mengumpil tombol pintu. Aku memang dah tendang pun pintu tu, kuasa aku lemah betul sebab sudah dikuasai emo. Daripada 15 minit ke setengah jam, ke 45 minit mengumpil pintu. Kebal sungguh tombol pintu. Yang mengumpil berpeluh, yang menanti di luar pun berpeluh sama. Yang di dalam? Awalnya dia menyanyi, dengar pintu kena umpil, pintu kena tendang, dia jadi takut ikut menangis sama dengan adik.

Sejam juga mengerjakan pintu, akhirnya berjaya di buka. Arrizqi keluar dulu diikuti Adli, baju lencun dengan peluh, muka sembab, mata bengkak sebab menangis terlalu lama. Dua-dua cari aku. Fobia. Keduanya tidak lepas daripada memeluk aku. Sebak. Auni pula yang membebel berlebih-lebih.

"Lain kali jangan main pintu, jangan nakal, kan tidak boleh buka pintu" ayat Auni. Memang gaya emak betulla. Aku gigih memujuk Adli, Arrizqi dengan tangisan bersisa. Sabar je la.

 Ni la budak yang terkurung tu. 

Hendak ke sekolah sudah dia. Tua sudah emak.

Betul, sepatutnya ada kunci spare tapi itulah, bila sudah panik, mana letak kunci spare pun sudah tidak ingat. Otak sudah tidak boleh berfungsi dengan elok. Adli hendak praktis jaga adik tanpa kakak. Tahun depan kakak sudah confirm ke sekolah, konon! Sabar je la kan.

Aku pun baru belajar berkenalan dengan cikgu sekolah Auni. Sudah mula susun jadual untuk tahun hadapan. In syaa Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Anugerah.

Monday, 16 December 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ye aku tau, kamu rindu bangat sama aku. Ye aku tau, seminggu lepas aku gak biasa update bloghijau ini. Ye aku tau aku ada banyak sangat perkara hendak dikongsi. Ye aku tau, aku pun sudah rindu bangat sama kamu semua. Ihiks... habisla, terbawa-bawa drama Love In Paris. Lambat sangat tunggu di tv3, nah layan online. Habis season 1, sambung lagi season 2 nanti. Oh, Dimas Anggara.

Ha, selain tu sibuk baca novel, habis tiga buah novel. Isteri untuk disewa, Bukan kahwin paksa dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta, ketiganya sangat best dan ok boleh kumpul jadi koleksi. Gila kentang, semedang buat kerja senggang-senggang saja. Ihiks. Maklumla semenjak anak-anak sudah pandai main sendiri-sendiri ni, cari emak pabila sudah letih, hendak air, hendak susu dan hendak tidur sahaja. 

Bila aku tenung-tenung gambar-gambar mereka di FB, rasa rindu sangat. Tapi, untuk hamil lagi sekali, bukan sekarang. Tahun depan umur 30, pun aku hendak pasang badan lagi. Tahun sibuk, jadi gak bisa hamil, tambahan lagi sudah sedia enam botol Maajun Anggun Bistari. Ngehehe!

Baby-baby aku. Omel bangat deh!

Cahaya Kehormatan.

 Cahaya Kesyukuran.

 Cahaya Petunjuk.

 Baby-baby aku yang menginjak 6 bulan. Kenapa korang comel sangat ni! Isk.

 Penglipur lara, Auni. Cinta kami.

 Mr bodyguard, abang besar. Buah hati kami.

Yang sentiasa comel. Jiwa kami.

Tahun pertama yang ditempuhi dengan penuh riang dan gembira, penuh dengan suka dan duka.
Selamat ulangtahun yang pertama (2010, 2012, 2013) untuk kalian bertiga.

Terima kasih Allah atas kurniaanmu untuk kami, terima kasih untuk anugerah terindah dalam hidup kami, terima kasih kerana hadirnya anugerah ini, menjadikan aku seorang emak yang sangat bertuah. Terima kasih. Cheeky-cheeky yaya!

Auni: Aie!!!, Aaaaaaiieeee...........! (panggil macam nak bergegar rumah)
Adli: Aki...Aki...Akiiiii! Adik..Adik...Adik!!!! (buat muka geram dengan Arrizqi)
Arrizqi: Woo...Wooo...Wo...Yayaayaaa...whei-whei-whei!

Emak: Yaduhaiiii!

Happy Wedding Day.

Thursday, 5 December 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

What is a good friends? Someone to talk with, someone to celebrate with, someone to cry with, someone to share with and someone to live with - Disney Channel. 

Macam biasa, seminggu sebelum majlis bermula, group wassapp kecoh. My beloved sisters hendak pergi sekali dan bersama ke sana. Macam biasa juga, aku bingung. Baju apa hendak pakai, menghadiri majlis kenduri kawin dengan harapan, abi akan bawa berjalan-jalan selepas majlis. 

Peplum sahajalah, dengan jeans, selamba kodok, hahaa. Selesai sediakan semua kelengkapan, kita ke majlis perkahwinan Puteri Amna Balqies atau cikZiela atau kawan baik aku selamanya (BFF), banyak sudah entry tentang dia dalam bloghijau ini. Perkenalan bermula di perhentian bas dan berlanjutan sehingga dia ke gerbang perkahwinan. Alhamdulillah.

Walaupun perkenalan aku dan dia hanya berlaku tidak sampai pun 10 tahun namun aku berasakan Ziela ialah seorang yang memang sangat boleh dijadikan kawan, mungkin disebabkan kedudukan kami yang sama dalam keluarga, anak sulong. Cumanya karektor aku dan dia sedikit berbeza, dia lebih lembut dan sensitif berbanding aku, some part kita share, some part kita simpan. Yang pentingnya, aku sangat gembira dia mengakhiri zaman bujangnya. 

 Suka benar sengih nampak gigi arnab tu, isk!

 Teringat masa duduk rumah sama-sama dahulu.

 Mereka ialah adik beradik aku sampai bila-bila.

 Aku yang paling bongsu, tapi askar paling ramai. Hohoo.

 Susah hendak gmbarkan dengan kata-kata bila sudah berjumpa.

Selamat melangkah ke alam rumah tangga Ziela. Semoga sentiasa ceria dan bahagia hingga ke syurga.

Kami doakan yang terbaik untuk awak, kami sentiasa ada untuk temankan awak walaupun dirintangi jarak. Kami sentiasa bersedia untuk mendengar keluh kesah kisah awak selepas ini sebagaimana dahulu, kami sentiasa mengingati awak walau dimana jua kami berada. Kami, kawan baik awak. 

Tiada lagi kawan rapat aku yang bujang-bujangan. Sekian. 

Kesayangan.

Wednesday, 4 December 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebab ianya menjadi kesayangan? aku hanya membeli tidak sampai 10 ketul pun. Aku sangat jarang pergi bercuti, makanya bila pergian aku hanya beli untuk diri sendiri atau lebih kepada malas hendak beli sebab sudah teruja sangat hendak berjalan. Kebanyakannya pemberian daripada rakan blogger, daripada rakan instagram, facebook tiada sangat sebab hanya sedikit sahaja rakan selain rakan bekas sekolah dan belajar.

Selain itu, bila abi pergian sebagai pemberian untuk isteri dan anak-anak, dia bermurah hati untuk belikan. Bila sudah jadi isteri, emak ni bila ditanya "mahu beli apa?" mulala kepala otak bercabang-cabang, macam-macam dan jawapan terakhir berbaur mengada "beli je la apa-apa untuk anak-anak" hoho. Agaknya, abi dapat tahu juga aku suka beli fridge magnets (fm) bila ke mana-mana.

Hendak kata pengumpul tegar, memang tidaklah, hanya menghargai rakan-rakan yang memberi. Itukan tanda ingatan mereka untuk aku. Mereka mengenali aku, mereka tahu kegemaran aku, mereka tahu tentang adanya aku, apasalahnya aku menghargai walaupun pada orang lain, tiada apa sangat.

Untuk menempatkan fridge magnet yang disayangi ini, aku tertarik juga dengan ajakan kakNad (pengumpul fridge magnets) untuk menempah board fm.  Aku tempah yang kecil sahaja, cukup untuk ruang sedikit di kawasan frame keluarga nanti. Cadangnyala, abi belum ada masa untuk drill kan dinding. Hendak buat sendiri, mahu runtuh dinding ku tebuk nanti, haha.


Sementara ini, aku letak atas peti ais, tersorok daripada anak-anak, pernah aku lekat di white board, dorang sepakat membawa berkat, punya la terlebih rajin menurunkan kesemuanya, berkerjasama dengan memanjat kerusi, seorang tunggu di bawah masuk dalam beg, memang mengucap panjang aku terlihat kejadian itu. Salah aku juga, konfiden sangat meletak semua fm di whiteboard. Seminggu juga fm aku duduk dalam beg sebelum aku tempah board daripada kakNad. 

Aku buat fm simple je bolehlah. Yang susah-susah, pening. Tambah bila ada assistant yang rajin melampau. 





Silalah ke Orencantik untuk cuci mata lagi, hasil kerjatangan emak askar tiga, hahaa. 

KakNad, sorry belum transfer tapi board dah guna, hehe. InsyaaAllah, hujung minggu ni kak. Ampun-ampun!

Melayan ragam.

Tuesday, 3 December 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selalunya, bila abi pergian masuk hari ke empat mulala masing-masing mengeluarkan taring, mulala masing-masing tayang skil hendak buka silat dengan emak, mulala keluar soalan-soalan yang tiada jawapannya sampai emak pun boleh tergamam sekejap.

Apapun, bila tiga-tiga dengan hal masing-masing, main sama-sama, tidur sama-sama, emak pula rasa sunyi. Bila tiga-tiga sudah menguasai tv, emak tukang gelak sahaja sampai terlena-lena, bila emak terlena, masing-masing cari emak hendak port yang sama. Jadi, bila keadaan sudah sunyi tambah pula suasana yang sejuk-sejuk dengan titisan hujan, makinlah bertambah sunyi.

Sejak Arrizqi sudah besar ini, keadaan jadi berubah. Kadang, tidurnya ikut suka hati dia sahaja. Tengah bergempak gempita pun dia boleh lena dengan selamba. Adli, usah dikata mulutnya, bising macam kakak juga, bila dua-dua menjerit, emak pun join sekaki. Macam hendak tercabut telinga dibuatnya.

Adli sudah mula pandai jaga adik, main sama-sama, tepuk adik bila hendak tidur, berkejaran dengan Arrizqi. Paling aku suka tengok, bila dia gigih kayuhkan basikal dengan Arrizqi sebagai pembonceng. Terkekek-kekek gelak sebab kakinya tidak sampai, Arrizqi yang tidak tahu apa-apa pun gelak sahaja. Keadaan menjadi lebih senang diurus.

Mr Bodyguard with Princess.


 Bahu ke bahu.

Lasak kemain.

Waiting abi, selepas tiga hari tidak bersua. 

Mr Bodyguard. Bestfren forever.

Bila terkenang waktu mula-mula dahulu, sukarnya aku hendak berdiri balik. Fizikal, mental, emosi semuanya bersatu dan memerlukan kekuatan yang bukan calang-calang. Hari-hari aku positifkan diri aku sendiri, hari ini mesti lebih bagus daripada semalam walaupun, melakukan kerjaan yang sama setiap hari. I wana be the best mommy among the best for my precious kids. In shaa Allah.

I am not a nobody. Just me and be me forever :)

Entry tiada apa-apa, hahaa. Buntu-buntu...

Bertukar dekorasi lagi.

Monday, 2 December 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Muahaha, selagi mata tidak mendapat keselesaan, selagi hati tidak puas, selagi badan berdaya, selagi kehendak mendahului yang lain-lain, kita tukar-kasi tukarlah. Balik sahaja abi daripada Sibu, aku menyuarakan hasrat untuk memindahkan kabinet buku bertukar tempat dengan meja makan. Haaa, memang perubahan yang sangat ketara.

Mahu tidaknya, ada berapa buah kabinet hendak alih, meja kerjaan lagi, meja makan. Kabinet pula penuh pada kesemua ruang yang ada, hahaa. Kononnya, meluahkan hasrat pada abi dengan harapan dia membantulah, hrmmm memang harapan sahajalah. Buat sendiri jua deh! 

First sekali, kasi alih meja makan ke satu ruang yang agak lapang, anak-anak bukakan pintu biar mereka main di luar, membantu juga menurunkan kesemua ruang kabinet komik abi. Menyuruh mereka munggah alamatnya kerja jadi berganda makanya, aku arah turunkan satu ruang sahaja, biar mereka bergembira. Komik sangat leceh untuk susun semula jika sudah bercampur aduk.

Tolak kabinet komik dan susun, punggah kabinet novel pula, kena punggah semua sebab ruang lama meja makan lebih kecil sedikit banding bawah tangga. Pandai-pandailah atur. Letak tikar, dan tolak meja kerja. Hei, aku suka. Jadila Small Office Home Office yang aku idam-idamkan. 

Habis satu ruang, kerjakan meja makan pula dibantu Auni dan Adli. Mereka sahaja yang gemar munggah kerusi meja makan ini, sediakan satu ruang untuk letak mainan dan port mereka bertiga. Ok, sangat strategik sebab ruang mainan siap boleh buat rumah-rumah dan bila bersepah tidakla jauh sangat tempat mainan untuk disusun semula. 

Ngam-ngam je, comel je opis aku ni tapi sukaaa.

Asalnya bawah tangga bertukar dengan meja makan.

Lapang je, nak makan pun selesa. Auni dan Adli sudah reserve tempat mereka sendiri.

Salah satu sebab aku alih meja makan pun sebab anak-anak main basikal dalam rumah, makanya biarlah kawasan itu lapang dan lapang dan lapang selain itu, mereka suka berebut tempat untuk menonton televisyen sambil makan, bila sudah alih semua tempat dapat menonton sama. Emakkan adil ;) Dinding itu pun, sudah minta abi drill untuk sangkut lebih banyak frame gambar, makan sambil menatap wajah kesayangan, gittu.

Jujurnya, aku suka suasana sekarang. Yeah!

Kemeriahannya sangat terasa.

Monday, 25 November 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semenjak aku bergelar pengurus rumah tangga ini, aku bersyukur sangat sebab rumah sentiasa dikunjungi tetamu, walaupun aku bukan pakar sangat dalam masakan namun menu simple pun boleh jadi sedap bila dinikmati secara bersama-sama. 

Mereka yang mengelilingi kehidupan aku.
Aku, bondaFaizzah, cikZila dan mamaLia.

Me and kakAzi.

Beberapa minggu lalu, bonda Faizzah bersama keluarganya datang meriuhkan rumah. Bawa bersama dua orang anaknya kakakWiya dan Waiz. KakakWiya memang geng sangatlah dengan Auni. Orang dewasa bersembang, anak-anak berkejaran bermain. Memang sangat seronok. Hubungan aku dengan suami bonda Faizzah kembali baik, buang yang keruh ambil yang jernih, aku kembali menjadi insan penting sebagaimana dahulu. 

 Adli tiada geng. Join sahajalah.

Dancing time. Emak bapa sedang layan hindustan. 

Superkids.

Minggu lalu, aku dikunjungi pula oleh mama Lia, dia memang gagah dan gigih datang sendirian bersama empat orang askarnya. Orangnya sudahla kecil, bawa kereta besar, askar berderet, aku jadi gelihati dengan gayanya tu. Mulut emak-emakkan, memang meriuh. Kebetulan suami masing-masing tiada, haaa kami berdua menguruskan tujuh orang askar. Dia tolong jaga anak aku, aku tolong jaga anak dia. Memang happening walaupun rumah aku hampir-hampir karam. Menu aku hari itu ialah nasi goreng simple je, simple sangat sayur pun tiada. Aku masak juga nasi putih berlaukkan telur dan ikan goreng sahaja, kebetulan dia sampai waktu makan tengah hari, jadi sedap bila makan secara beramai-ramai. 

Seronok tengok mama Lia melayan kerenah anak-anaknya, harap aku dapat juga membantu sedikit meringankan dia menguruskan anak-anaknya. Suara aku, memang melantang je la, hahaa. 

Yang paling menggelikan hati keletah anak-anaknya, sudah siap-siap hendak balik sempat lagi ulang makan buat kali kedua, tapau nasi goreng bawa pulang lagi, aduhai seronoknya. Diharapkan mama Lia tidak serik untuk datang lagi. Aku membayangkan aku punya anak tujuh orang. Gerenti riuh rendah rumah aku, hihiks.

Kesibukkan lalulintas.

Rest time, isi minyak.

Seorang lagi aku dukung. Bestkan?

Syukur sangat, aku dapat bersua dengan kakak-kakak kesayangan aku ni, mereka sangat rapat dengan aku. Pertalian bagaimana kami mula berkenalan, sangat rumit untuk diterangkan. Berkawan dengan mereka aku memang jadi diri aku sendiri. Buatla kerenah banyak manapun, ceritalah apa sahaja sekalipun, pintalah pertolongan yang macam manapun, kakak-kakak aku sangat mudah memberikan. Apa sahaja, in shaa Allah untuk adik nan seorang ini, aku.

Semoga pertalian persahabatan ini, kekal hingga ke syurga. Syukur. Nanti kita kumpul ramai-ramai ye. 

Kehijauan.

Thursday, 21 November 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Suka hijau, aku dan hijau memang sudah sebati. Macam biasa menambah koleksi sedia ada, Modular Mates hijau, hahaa. Welcome bebeh. Oh, tambah sikit je sebab MM Rectangular 1.9L empat biji memang sudah sedia ada. Tidak sabar hendak menanti MM Square 2.6L hingga 5.5L. Kasi tukar semua yang bertutup merah, muehehe. Tamak.

Semakin hari hijau semakin mengembang sayap, kabinet sedia kekal warna kayu memang aku suka ala-ala kayu. Klasik gitu. Baru-baru ini, bonda QWP dan suami telah menghadiahkan bonzai, erm...bagus juga menjadi terapi mata bila berada di dapur. Sudah besar sikit nanti, aku pindahkan dalam pasu bunga besar pula maka, akan menjana satu lagi hobi baru, muehehe.

Ok, entry ni memang aku hendak tayang Tupperware, new comer in my kitchen, that's all.

Aku suka Modular Mates. 

Suasana dalam kabinet, cecomel je rasa. 

Suasana atas kabinet, semua dalam Tupperware. Ini sahaja barang dapur aku. Simple untuk orang yang kurang memasak. 

Peneman di dapur menambah eksesori, i love it so much!

My love tupperware. Ok, takde nak letgo lagi semua aku guna. Serius, aku beli dan guna. Phew!

Untuk anak-anak KuTuppy 2014, pembayaran sudah boleh dimulakan hujung bulan ini. Kita wassapp-wassapp ok, daaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in